View: 3421|Reply: 49
|
[Tempatan]
Rasa 'original' nasi kandar hanya di Pulau Pinang. Hampir semua restoran, pelanggan terpaksa berbaris panjang. Kena serbu
[Copy link]
|
|
Restoran nasi kandar kena serbu
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 06 Mei 2022
Orang ramai sanggup beratur panjang demi mendapatkan nasi kandar kegemaran mereka. (Gambar kecil dari kiri: Puteri Aishah, Sheik Shahril dan Fadzilah.
GEORGETOWN - Kebanyakan restoran nasi kandar diserbu peminatnya yang mengambil peluang sempena cuti Hari Raya Aidilfitri untuk merasai kenikmatan makanan popular itu ketika berada di Pulau Pinang.
Tinjauan mendapati, semua restoran nasi kandar popular dipenuhi pelanggan yang sanggup beratur panjang walaupun di bawah cuaca panas, semata-mata untuk mendapatkan makanan kegemaran mereka.
Antara restoran nasi kandar popular menjadi tumpuan ialah Nasi Kandar Mohamed Rafee di Pulau Tikus dan Nasi Kandar Deen Maju di Jalan Gudwara dan Restoran Hameediyah di Lebuh Campbell.
Seorang guru, Fadzilah Abdul Mois, 32, berkata, dia ke negeri ini adalah untuk menghabiskan cuti sempena hari raya dan mengambil kesempatan untuk menikmati nasi kandar tulen yang sememangnya lazat.
"Saya ke sini untuk menghabiskan cuti bersama kakak. Dalam masa sama, inilah masanya untuk kami menikmati nasi kandar 'original' yang hanya boleh didapati di Pulau Pinang.
"Saya sanggup beratur panjang semata-mata untuk menikmati nasi kandar. Sebelum pulang ke Ipoh, Perak, kami datang 'tapau' nasi kandar dahulu," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.
Sementara itu, pekerja swasta, Sheik Shahril Reza Baharom, 48, berkata, dia dan anaknya, Puteri Aishah Dania, 17, sanggup meredah kesesakkan lalu lintas dari Batu Feringghi selama satu jam semata-mata untuk membeli nasi kandar.
Dia yang datang ke Pulau Pinang untuk beraya di kampung isterinya di Datuk Keramat berkata, dia sanggup beratur panjang untuk membeli nasi kandar kegemarannya.
"Nasi Kandar Mohamed Rafee adalah makanan wajib untuk kami sekeluarga jika balik Pulau Pinang. Sejak 15 tahun lalu, nasi kandar ini saja yang kami sekeluarga gemar. Nasi kandar lain 'tak boleh lawan'.
Kesempatan pulang ke kampung digunakan oleh orang ramai untuk membeli nasi kandar di Pulau Pinang walaupun terpaksa beratur panjang.
"Walaupun perlu menunggu sehingga setengah jam, saya sanggup. Esok (Sabtu) kami dah nak pulang ke Subang, jadi sebelum pulang, nasi kandar adalah perkara 'wajib'," katanya.
Pekerja bank, Abdul Majid Wahid, 40-an berkata, dia dan keluarga sanggup singgah ke Pulau Pinang dari Kedah sebelum pulang ke ibu kota semata-mata untuk menikmati nasi kandar kegemarannya, Restoran Nasi Kandar Yusuf yang terletak di Relau.
"Keistimewaan nasi kandar ini adalah ayam bawang dan ayam masak merahnya. Keluarga saya mesti makan dahulu sebelum pulang ke Kuala Lumpur.
"Sempena hari raya ini, alang-alang pulang ke kampung di Kedah, kami singgah sekejap untuk makan. Walaupun perlu beratur panjang, itu bukan satu masalah buat kami," katanya.
Sementara itu, tinjauan di pusat bandar mendapati, kenderaan membanjiri semua jalan utama serta kawasan tumpuan seperti Jalan Penang, Komtar dan Jalan Scotland iaitu menghala ke Batu Feringghi.
Sebelum ini, polis Pulau Pinang menjangka jumlah kenderaan yang melalui Pulau Pinang untuk menuju ke kawasan utara meningkat sehingga 3.6 juta ketika orang ramai pulang ke kampung menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, selain itu, pihak polis juga menjangka kira-kira satu juta kenderaan akan memasuki Pulau Pinang.
sumber: sinarharian.com.my |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
raya ke2 aku gi nasi kandar kayu kt bayan lepas. dekat sejam baru dpt nasi. beratur pjg betul |
|
|
|
|
|
|
|
Ya. Rakyat Malaysia memang amat terkesan, terhimpit, terbangsat akibat covid 19 |
|
|
|
|
|
|
|
Kat gambar tu semua yang beratur set2 gundu kalau jatuh katil kena pakai kren nak bangkit semula sis. So fikir2 kan lah iya sis. Malas akak nak cakap lebih2 sis. |
|
|
|
|
|
|
|
nasi kandar
buka cawangan luar PP pun
tetap org ckp yg di PP jugak yg sedap |
|
|
|
|
|
|
|
Minggu depan meols nak bercuti kat penang selama 10 hari. So sekarang pulun diet, IF, OMAD, puasa 6 bagai. Nanti kat penang boleh lah cheat day hari2. Tapi meols kalau ke penang tak pernah makan nasi kandar. Acaner tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Koser nak beratur panjang. |
|
|
|
|
|
|
|
ongmesia bab mentekedarah nombot satuuu! |
|
|
|
|
|
|
|
ingat penang ingat kebangga |
|
|
|
|
|
|
|
try lak nasi dalca briyani khalis bayan lepas
|
|
|
|
|
|
|
|
Nope. Just nope. Q panjang2 wat i turned off. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dah serik nak pi penang ke, melaka ke, Genting ke Time2 cuti perayaan.. Dengan jam nya, dgn hotel rates naik mencanak2.. |
|
|
|
|
|
|
|
buat tambah penyakit je nasi kandar ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
JohnDeSouza replied at 7-5-2022 01:11 AM
try lak nasi dalca briyani khalis bayan lepas
Sedap nasi dalca situ .fav aii..dekat dgn rumah |
|
|
|
|
|
|
|
eizarz replied at 7-5-2022 04:14 AM
buat tambah penyakit je nasi kandar ni....
In moderation.....you should be fine...
Laki ko tak didik ko kewww? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capiloton at 7-5-2022 06:13 AM
hape yang sedap sangat nasi kandar penang nih,
aku makan nasi kandar line clear tu, biasa jer rasa nya.
overhyped n overrated.
|
|
|
|
|
|
|
|
riena3321 replied at 6-5-2022 10:31 PM
raya ke2 aku gi nasi kandar kayu kt bayan lepas. dekat sejam baru dpt nasi. beratur pjg betul
Malehhh aku beratur.. |
|
|
|
|
|
|
|
Time raya kedai2 makan melayu pakat tutup habis, sampai raya ke-3, ke-4 tak buka lagi, kedai mamak ja buka, mmg orang serbu situ laa, beratoq bukan main panjang. Bukan kt penang saja belah kedah ni pon sama... |
|
|
|
|
|
|
|
makan lah selagi belum mampus
nikmati lah hidop inii |
|
|
|
|
|
|
|
stingersting replied at 7-5-2022 04:48 AM
In moderation.....you should be fine...
Laki ko tak didik ko kewww?
Kannnnnn …apalah sangat setakat sesenduk dua nasi kandar haha |
|
|
|
|
|
|
| |
|