View: 6165|Reply: 65
|
[Tempatan]
Bila duduk di PPR tapi 'nafsu' seolah-olah duduk kondo
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 7-5-2022 04:06 PM
PERIHAL tempat letak kereta di kawasan perumahan boleh mencetuskan pertelingkahan khususnya bagi penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan perumahan awam.
Fenomena biasa yang perlu diharungi kebanyakan penduduk kawasan terbabit berikutan kemudahan parkir kenderaan yang terhad.
Pendek kata, penduduk perlu berebut setiap hari untuk mendapatkan ruang meletak kenderaan setiap kali tiba di kediaman. Jumlah petak parkir yang tidak setara dengan jumlah kenderaan menyebabkan ada terpaksa yang parkir berlapis hingga menghalang laluan.
Masalah lebih parah apabila ditambah dengan sikap mementingkan diri sendiri dengan menanda atau ‘chup’ petak parkir untuk kenderaan masing-masing.
Perkara itu diketengahkan pengguna Twitter, @syaamil telah berkongsi dua keping gambar ruang parkir kereta kawasan PPR ditanda individu tertentu dengan meletakkan kon, penghadang jalan dan botol berisi air.
Perkongsian berkenaan turut dipersetujui warga maya lain. Rata-rata kesal dengan tindakan segelintir penduduk yang mementingkan diri sendiri.
Malah ramai yang turut bersetuju renovasi kediaman penduduk di tingkat bawah sehingga ke ruang parkir menyebabkan ruang meletak kenderaan bertambah terhad.
“Belum tengok Flat Puchong Permai lagi, parking belakang rumah terus pacak bumbung buat anjung ibarat rumah kampung. Dahlah ambil dua lot parking. Bukan satu atau dua rumah buat tetapi semua rumah tingkat bawah mesti tarik bumbung buat anjung.”
Warga maya rata-rata mengatakan perkara itu sering terjadi di kawasan PPR. Biarpun sudah dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), ia tetap berlaku seolah-olah tiada penyelesaian.
“Jenis pangsapuri parking open ni, memang tak boleh buat chup macam ni pakai kon, motor bagai sebenarnya. Tapi selagi ada perangai begini, panggil pihak berkuasa pun masih berlaku lagi.”
“Ni area flat rumah aku. Selain kon warna jingga, ada yang ‘chup’ parking guna motor. Malas nak layan tapi sakit hati sebab satu rumah tapi parking nak banyak. Kesian orang sekeliling.”
“Lepas ni kerajaan boleh tambah bajet. Kalau nak buat PPR, biar tiga atau empat tingkat bawah untuk parking lot. Kemudian baru rumah di atasnya. Untuk kawasan yang kurang tanah. Takkan buat rumah je tapi tak fikir tentang tempat letak kenderaan.”
“Jenis orang begini, kalau kita alih kon dia, habis dicalarnya kereta kita. Nanti keluarlah ayat "aku dah duduk sini lebih 20 tahun dah", "aku orang lama sini".
Tidak hanya itu, ada yang berkongsi pernah menjadi mangsa perbuatan vandalisme apabila parkir di petak yang telah ditanda. Kenderaan dicalarkan, diletakkan sampah dan diberikan amaran.
“Dulu arwah Atuk aku buang kon then parking kat situ. Esok pagi tengok kena calar pastu side mirror patah. Siap tulis "jangan park sini" kat bonet depan.”
“Kena calar pernah, kena letak sampah pernah. Kadang kadang dia letak je kon atas kereta kita.”
“Dulu aku pernah sewa Flat Taman Sinaran dekat Balakong. Alih kon, park kat situ. Esoknya tayar pancit, kereta kena calar, dan lain-lain lagi.”
Diharapkan pihak yang berwajib dan pengurusan PPR mengambil tindakan segera berhubung isu ini.
https://sinarplus.sinarharian.com.my/kisah-masyarakat/chup-parkir-seolah-tinggal-di-kondominium-warga-maya-kecewa-sikap-pentingkan-diri-penduduk-ppr/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Buatllah peraturan 1 rumah 1 petak.. nak lbh, bayar.. tau tak org dok kondo bagai kena bayar cukai petak kat majlis on top of maintenance fees yg bkn calang2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Buatlah syarat..duduk PPR.. dilarang ada kereta.. kecuali motorsikal dgn basikal aja..duk bandar merata perkhidmatan ehailing.bas teksi bagai
.ni 1rumah PPR...2,3buah kete..manalah tk sesak.. |
|
|
|
|
|
|
|
x suke konsep cop2 ni
kalau cop pakai duit tu xpe la.. |
|
|
|
|
|
|
|
apartment aku 1 rumah 1 petak. ramai yg ada dua kereta. ada owner myvi tu selalu park dkt petak aku. petak aku strategik sikit betul2 dkt laluan keluar. aku xlarat dah bagitau management suruh kasi notis dkt owner myvi. management bodo owner 2x bodo buat perangai flat pprt walhal apartment aku middle cost bukan low cost |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
antara sebab aku tak pernah sekali pun dok sewa PPR and sewaktu denganya dari zaman trainee dulu-dulu
xpelar bayar mahal sikit dari kena berebut parking camni |
|
|
|
|
|
|
|
Skrg ni beli kereta dh tk pyh deposit kan
Loan plk smpai 9 tahun
Jadi semua mampu beli kereta
Pdhal aniaya je loan 9 tahun beli kereta
Kereta susut nilai |
|
|
|
|
|
|
|
MAA duk target 600,000 jualan kenderaan setahun.... Macam2 insentif / subsidi dilobi dari pihak kerajaan demi kerana industri ni sumbang KDNK & peluang kerja TAPI pihka berkuasa tak pernah kisah jalan raya tak pernah dilebar, parking tak pernah dicukupkan. Lama2 Malaysia ni penuh dgn kereta bersidai x boleh bergerak ke mana dengan jemnya, dengan parking kiri kanan double triple park. |
|
|
|
|
|
|
|
Stok2 pprt mmg mcm ni la
Depa x tahu kalo duk kondo, if nak acquire extra parking lot, the price is around RM 30K - 35K per lot.
Kalo dh miskin tu,naik je la public transport
|
|
|
|
|
|
|
|
dekmieDandy replied at 7-5-2022 05:12 PM
antara sebab aku tak pernah sekali pun dok sewa PPR and sewaktu denganya dari zaman trainee dulu-dul ...
Sama mcm iols. Idok la nk bercampur dgn mindset pprt cenggini. Saving xbyk pon xpe yg penting stress free dari puak2 mcm ni. Kalau ada job terpaksa ke ppr, i xfaham mcm mana org boleh hidup dkt ppr. Respek betul |
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah org selalu kutuk pprt dan b40..mmg perangai hanat walau bkn seme |
|
|
|
|
|
|
|
Pprt nyehhh b40 cop2 parking ni. Dari ulu banat mana la ni.parking pree jah pon. kalo berbayar lain cite lah.... |
|
|
|
|
|
|
|
pernah sekali dok survey bilik kat PPR pantai dalam
tak sempat nak naik tengok bilik pun, lepas tengok parking triple park, pastu sesetengah ada kon terus iolls cau
mostly yang letak tanda parking ni kononye yang OG stay situ, so dia pikir 'berhak' nak dapat parking
|
|
|
|
|
|
|
|
tempat iolls ni pun, nama je 'condo'
haritu sampai ada resident threatent nak saman JMB tu, baru terkial nak buat kerja nak halau illegal parkers ni
ada haritu resident dah bengang dia tukar nama group whatsapp tu dari condo jadi PPR
sib baik iolls tenant je kat situ
|
|
|
|
|
|
|
|
dekmieDandy replied at 7-5-2022 11:56 PM
pernah sekali dok survey bilik kat PPR pantai dalam
tak sempat nak naik tengok bilik pun, lepas t ...
Kenapa kisah uols mcm iols? I hampir pegi tgk rumah ppr utk menyewa, sekali masuk kawasan parking caca marba, nk kedepan, ada kreta, laluan utk 1 kereta jah. Kiri kanan penuh org park. Tu malam, belum pg nk pegi keje. X sempat park, tuan rumah wasap dah ada org book. I flip hair sajork n berlalu pegi sewa condo 2 parking |
|
|
|
|
|
|
|
bila prof tu kutuk perangai b40 korang marah.. rasakan |
|
|
|
|
|
|
|
hehe, dahler time tu iolls bawak kereta mak iolls, kereta innova besar gedabak tu
puas nak menyelit
ada sorang tu siap keluar rumah tengok iolls kedepan kebelakang nak adjust keluar, takut terlanggar kereta dia kot
tapi penghujung cerita kita memang sama, dia cakap ada orang lain nak tengok jugak bilik tu waktu tengah nak keluar
|
|
|
|
|
|
|
|
Sejujurnya I insaf sebab tak penah merasa susah sampai kena duduk ppr berebut parking
Solat taubat lepas ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
zaman remaja takde duit dulu hadap lah masalah parking ni. ya ampunn seksa yachh. syukurlah ada duit sikit sewa tempat yg ada parking siap2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|