CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1634|Reply: 12

[Tempatan] Lucu, SPRM pun kena saman?

[Copy link]
Post time 7-5-2022 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Peguam Haris Ibrahim dan dua yang lain mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kerajaan berhubung siasatan terhadap hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Haris sebelum ini memaklumkan dia menghidap barah paru-paru Tahap 4 awal dan doktor menjangkakan dia hanya mempunyai masa kurang setahun untuk hidup.

Bagaimanapun, penyakit dihidapi Haris tidak menghalangnya untuk memfailkan saman pemula terhadap SPRM, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dan kerajaan persekutuan.

Turut memfailkan saman pemula itu ialah peguam Nur Ain Mustapa dan Sreekant Pillai

Saman pemula itu bagi mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa SPRM tidak berhak untuk menyiasat para hakim melainkan mereka telah digantung atau dilucutkan jawatan.

Mereka juga memohon pengisytiharan bahawa pendakwa raya tidak diberi kuasa untuk memulakan atau menjalankan apa-apa prosiding terhadap hakim yang sedang berkhidmat, selain siasatan terhadap Mohd Nazlan juga bercanggah dengan perlembagaan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan firma guaman Tetuan Malik Imtiaz Sarwar, ketiga-tiga peguam itu berkata mereka juga telah memfailkan permohonan untuk merujuk dua soalan perlembagaan berhubung relif yang dipohon oleh mahkamah persekutuan.

SPRM sebelum ini mengesahkan telah membuka kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan pada 23 April, susulan laporan yang dibuat oleh Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) berdasarkan keterangan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner di mahkamah AS.

Menurut kumpulan itu, Leissner dalam keterangannya mengaitkan Nazlan dengan perjanjian 1MDB yang melibatkan Tanjung Energy Holdings Sdn Bhd pada 2012.

Pada masa itu, Nazlan bertugas Maybank. Dia menyertai badan kehakiman pada 2017 sebagai pesuruhjaya kehakiman.

Pasukan peguam bekas perdana menteri Najib Razak juga mendakwa Nazlan mempunyai konflik kepentingan dalam kes 1MDB.

Nazlan, ketika menjadi hakim Mahkamah Tinggi pada 2020, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada Najib atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan itu tahun lepas. Najib bagaimanapun merayu kes itu di Mahkamah Persekutuan.

Ketiga-tiga peguam itu berkata siasatan SPRM ke atas Nazlan melanggr prinsip pemisahan kuasa, antara cabang eksekutif dan kebebasan badan kehakiman.

“Perlembagaan Persekutuan menjamin setiap daripada kita mendapat akses kepada keadilan yang ditadbir oleh Badan Kehakiman yang bebas daripada sebarang campur tangan.

Perlembagaan menjamin kita semua kesaksamaan di bawah undang-undang dan perlindungan undang-undang yang sama.

“Kami tidak berpandangan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan kebal daripada siasatan jenayah atau pendakwaan. Seperti kita semua, mereka mesti bertanggungjawab atas sebarang jenayah yang mungkin mereka lakukan.

“Bagaimanapun, kuasa untuk menyiasat dan memulakan prosiding jenayah mesti seimbang dengan keperluan untuk memastikan keyakinan orang ramai terhadap Badan Kehakiman,” kata mereka.

https://www.malaysiakini.com/news/620370



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2022 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak berjalan lancar siasatan yg berkaitan 1 MDB jika ada pihak yg nak membantah dan nak menyaman.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 07:43 AM | Show all posts
Apa pulak lucunya kalau SPRM disaman?  Terma 'mereka bukan malaikat, manusia juge' tentu boleh digunakan, tak gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 8-5-2022 07:43 AM
Apa pulak lucunya kalau SPRM disaman?  Terma 'mereka bukan malaikat, manusia juge' tentu boleh digun ...

Memanglah lucu....korang semua kata mahu isu 1MDB nak diselesaikan segera, tapi bila pihak berkuasa nak siasat individu yg ada kaitan dgn 1MDB, ada yg bantah, ada yg nak saman....cuba nak menghalang pihak berkuasa buat keje...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 10:27 PM | Show all posts
rashiman replied at 8-5-2022 10:05 PM
Memanglah lucu....korang semua kata mahu isu 1MDB nak diselesaikan segera, tapi bila pihak berkuas ...



Wow! hebat sekali pihak berkuasa nak buktikan mereka nak buat kerja semata2 ada pihak yg nak menyaman mereka.  Boleh percaya ke? Tak ade plot twistnya?Kalau betullah pihak berkuasa ikhlas nak jalankan tugas dn berasa diri jujur mempertahankan hak rakyat, berkhidmat atas landasan Lillahi Ta'ala, kenapa tidak bersikap membujur lalu melintang patah. Tapi kan........ alahai, tst aje le.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 8-5-2022 10:27 PM
Wow! hebat sekali pihak berkuasa nak buktikan mereka nak buat kerja semata2 ada pihak yg nak men ...

Mereka buat keje bukan kerana ada pihak yg nak menyamannya tapi keje yg mereka buat ada pihak yg nak menyaman...seolah-olah nak menghalang keje yg mereka buat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2022 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 8-5-2022 10:27 PM
Wow! hebat sekali pihak berkuasa nak buktikan mereka nak buat kerja semata2 ada pihak yg nak men ...

Itulah cabaran SPRM....tak kiralah siapapun sama ada bekas PM, hakim, Peguam, Gabenor jika terdapat tuduhan salahlaku kenalah disiasat...jgn pedulikan pihak2 yg membantah, yg nak menyaman...kena membujur lalu melintang patah demi utk menegakkan keadilan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 01:05 AM | Show all posts
rashiman replied at 9-5-2022 12:19 AM
Itulah cabaran SPRM....tak kiralah siapapun sama ada bekas PM, hakim, Peguam, Gabenor jika terdapa ...



Memanglah tidak dibantah tindakan yg sedemikian, tetapi sejauh mana pula hukuman salah yg sudah ditetapkan dilaksanakan? Adakah itu keadilan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2022 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 9-5-2022 01:05 AM
Memanglah tidak dibantah tindakan yg sedemikian, tetapi sejauh mana pula hukuman salah yg sudah  ...

Tapi peguam haris dan rakan2nya membantah dan nak menyaman SPRM...
Hukuman salah yg sudah dijatuhkan boleh dibuat rayuan itu salah satu proses utk keadilan jugak...
Yg telah menyebabkan 8 kematian budak basikal lajak pun walaupun sudah dijatuhkan hukuman pun telah dpt penangguhan utk perbicaraan rayuan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 10:40 AM | Show all posts
rashiman replied at 9-5-2022 08:32 AM
Tapi peguam haris dan rakan2nya membantah dan nak menyaman SPRM...
Hukuman salah yg sudah dijatuhk ...

So, berapa lama rayuan harus dibuat atau itulah celahnya keadilan ditempangkan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 9-5-2022 10:40 AM
So, berapa lama rayuan harus dibuat atau itulah celahnya keadilan ditempangkan?

Berapa lama....itu mahkamah yg tentukan,
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 11:42 AM | Show all posts
azam baki ni kuat jugak eh cable dia....
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 9-5-2022 11:42 AM
azam baki ni kuat jugak eh cable dia....

Tapi dulu cable lagi kuat....ambil terus dari parti politik jadi ketua SPRM...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.173404 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list