CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2964|Reply: 28

[Tempatan] Misteri bau busuk terjawab

[Copy link]
Post time 7-5-2022 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Misteri bau busuk terjawab

ALOR GAJAH - Misteri bau busuk di Jalan Hj Marip Kampung Londang, Masjid Tanah di sini, membawa kepada penempuan mayat lelaki warga emas di sebuah rumah, pada petang Khamis lalu.

Mayat mangsa berusia 63 ditemui dalam keadaan terbaring mereput di atas lantai rumah tersebut.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa yang tinggal di rumah anaknya di Seremban, Negeri Sembilan kemudian berpindah tinggal di rumah pusaka itu sendirian sejak Februari lalu sebelum ditemukan meninggal dunia.

"Kita telah menerima laporan dari penduduk kampung yang mengatakan terdapat satu mayat lelaki di alamat terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.

Jelas beliau pemeriksaan fizikal pada tubuh badan mangsa tiada sebarang kecederaan dan tiada sebarang senjata tajam dijumpai.

Ujar beliau, tiada sebarang pengenalan dijumpai pada mayat, namun identiti mangsa dikenal pasti melalui pengecaman oleh isteri.

"Bedah siasat yang dilakukan di Hospital Alor Gajah mendapati mangsa telah meninggal dunia lebih kurang dua hingga empat minggu.

"Hasil siasatan juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan siasatan dijalankan di bawah kematian mengejut (SDR)," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2022 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah..ada anak pun meninggal sorang2
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ceh, ingatkan bau busuk kilang proses ayam berlalat pelbagai
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Merajuk ke . family pun Tak Cari lama.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 02:16 PM | Show all posts
laaa awat tak tanya kabar berita.. anaknya pun..

kezen meols mak mmg duk ngan dia pun letak cctv yg boleh bercakap sekali tu tau.. sbb mocit meols tue sangt dah, tak reti jawab henpon, so anaknya letak cctv sekali boleh call tu.. mur2 je katanya rm100 beli kat lazada ke sopee

tp kena ada wifi la kat umah

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 02:51 PM | Show all posts
Edited by merrissa at 7-5-2022 02:54 PM

takkan la time bulan pose tu x jenguk langsunggg...

anta lauk berbuke ke...rumah dekat je N9-melaka je pon
aku jauh 4 jam perjalanan pon...bulan pose ritu aku balik 2-3 kali juga...
time raya takkan anak2 x p jengukk...misteri sungguh



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2022 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 7-5-2022 02:07 PM
Takziah..ada anak pun meninggal sorang2

Kan..takziah jugak la
Tu la..kematian ni x bleh dijangka
Kalo ms hidup kita rasa perfect  sbb ada anak bini ramai so nanti mati x sorang2
Sapa sangka kan, ada anak bini pun ujung2 ms mengadap sakaratul maut tu sorang2 akhirnya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 03:02 PM | Show all posts
tripleid replied at 7-5-2022 02:07 PM
Takziah..ada anak pun meninggal sorang2



Begitulah nasib takdir seseorang, tak siapa dpt menjangka.  Bila tak kawen, ramai waris suruh kawen, katanya biar ada isteri, ada anak, nanti dah tua ada orang boleh jaga.  Belum tentu.  Gitu juga dgn orang lelaki yg beristeri dua-tiga, entah ape nasib tak beruntung, dah tetua hidup sendiri sorang2.  Therefore, keidupan manusia sering dijangka2, direncana tapi sudahnya takdir juga yg menentukan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2022 03:18 PM | Show all posts
glump replied at 7-5-2022 02:15 PM
Merajuk ke . family pun Tak Cari lama.



Orang2 tua ni ramai yg banyak tingkah dn kerenah.  Belum lagi yg degil dn tak nak dengar idea orang lain, isteri dn anak2.  Kalau dah kata dia tu, itulah dia, tak boleh nak dibankang sama sekali. Sampaikan boleh bergaduh, bertengkar anak beranak.  Anak2 pun naik lemas dgn perangai  bapaknya yg tak boleh dibawa berunding. Ada tu kekadang yg kata 'biar aku mati sesorang' tanpa sedar itu boleh menjadi doa. Kesian bila mati tanpa ditemani keluarga/famili, tak ade syahadah, al-fatihah dn surah yasin yg mengiringi.  Malah bila tidak diketahui ahli waris serta jiran, segala fardhu kifayah tidak dpt diuruskan kpd si mati dgn sewajarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 04:13 PM | Show all posts
jiran2 mcm mana ?
tak ambik tahu langsung ke
patutnya klu duduk sorang2 biasanya jiran2 ambil cakna
lama tak nampak je terus pergi ke rumah takut jd apa2


Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 06:11 PM | Show all posts
Seperti 3-4 hari lepas ada satu video di flat pprt bomba menerima panggilan dari jiran sebelah rumah memberitahu mereka ada terbau bau yang sangat busuk, mereka fikir ada bau mayat.

Bomba check dalam rumah tu ada seorang perempuan yang sedang tidur lena dalam satu bilik yang berkunci bersama bangkai kucing yang telah mati beberapa hari.

Perempuan tu beri alasan dia tidak terbau busuk bangkai kucing tu dan dia takut untuk turun kebawah flat untuk membuang bangkai kucing tu.

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 09:09 PM | Show all posts
namun identiti mangsa dikenal pasti melalui pengecaman oleh isteri.

Kisahnya isteri pun hidup lagi. 2-4 minggu without anybody making contact is a freaking long time for a normal relationship
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
63 tak brp nak emas sgt sbnrnya. ramai org pun masih aktif bekerja & bersosial
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 7-5-2022 02:07 PM
Takziah..ada anak pun meninggal sorang2

Oklah tu sis tak ada la akak terkilan taknak anak apa semua tu sebab last2 sama jah sis. Kohkohkohkohkoh.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak syak heshe merajuk dan stress sebab tak ada siapa pujuk lalu kena serangan jantung, terus ninggal sis. Alhamdulillah, cepat proses kematiannya sister. Kematian yang dicemburui ummah, sis.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 7-5-2022 03:02 PM
Begitulah nasib takdir seseorang, tak siapa dpt menjangka.  Bila tak kawen, ramai waris suruh ka ...

Tu lahh yg ada anak bederet pun x smestinya anak2 dok kliling masa tgh nazak.yg sebatagkara plak x semestinya mniggal sorg2.kematian itu rahsia tuhan kekdahnyaa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2022 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 7-5-2022 09:25 PM
Oklah tu sis tak ada la akak terkilan taknak anak apa semua tu sebab last2 sama jah sis. Kohkohkoh ...

Andartuu foreverr kekdahnyaa siss...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 7-5-2022 03:00 PM
Kan..takziah jugak la
Tu la..kematian ni x bleh dijangka
Kalo ms hidup kita rasa perfect  sbb ada  ...

Mcm pelik jah kematian mngsa..dah mati 2 minggu takkan raya family x tanya kabar lgsg?mgkin ada masalah family barangkali
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 11:27 PM | Show all posts
tripleid replied at 7-5-2022 09:52 PM
Tu lahh yg ada anak bederet pun x smestinya anak2 dok kliling masa tgh nazak.yg sebatagkara plak x ...



Malang sekali bagi seorang ayah, ketika hidupnya dipinggirkan dn ketika matinya juga tak ade siapa yg menguruskan. Kalau kita cuba2 mikirkan kenapa boleh jadi mcm tu, mungkin kita dpt berandai2 bahawa memang ada hubungan yg tidak beres antara lelaki trs dgn isteri dn anak2nya. Apakah hubungan dia dgn familinya persis berpatah arang berkerat rotan?. Jelas isterinya tidak nemani dia di Melaka, dia hidup bersendirian shnga matinya juga tak ade yg tau.

Si ayah yg mati sendirian, tak bolehlah nak salahkan anak2 atau familinya kerana mungkin juga sikap egois si ayah yg menyebabkan matinya begitu. Semoga jadi pedoman kpd yg lain agar tidak sombong dn egois dgn anak2/famili, bertolak-ansurlah dn jgn mengundang stress kpd diri sendiri. Jgn fikir awak tu boleh hidup sendiri tanpa ada orang lain. Itu sombong namanya. Juga jgn terlalu nak mengira2 harta kerana bila mati tak juga dpt dibawa bersama. Bila dah berumur tu, wujudkanlah suasana kedamaian dn kesejahteraan diri sendiri, dgn orang lain jgn diajak bergaduh. Paling penting sabar dn lebihkan beribadah mengingati Allah swt.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 11:42 PM | Show all posts
tripleid replied at 7-5-2022 09:52 PM
Tu lahh yg ada anak bederet pun x smestinya anak2 dok kliling masa tgh nazak.yg sebatagkara plak x ...



Kalau ada beberapa orang anak, kalaupun tak semuanya yg boleh menghantarnya ayahnya ketika akan dijemput Ilahi, wajarlah. Ini, ada isteri, isteri pun tak tau, sangatlah sesuatu. Memasing saling tak menghubungi atau bertanya khabar.  Berat agaknya perselisihan keluarga itu. Fikir2, it is back to ur goodself kerana seperti  dicakap orang "orang baik ramai orang sayangi, tidak terlihat dicari2, tak ade khabar akan ditanya ke sana-sini".  Tapi kalau sampai mati pun tak ade yg tau, umpama hilangnya tak ade yg mencari, hidup-mati tak ade yg peduli.......... well
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.062602 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list