CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2494|Reply: 39

[Tempatan] Lemang periuk kera menu popular di Pahang, Johor. Negeri2 lain ni masih RARE

[Copy link]
Post time 8-5-2022 11:04 PM | Show all posts |Read mode
Lemang periuk kera tambat hati orang Perlis



ORANG Pahang dan Johor pastinya sudah kenal dengan lemang periuk kera, tapi pada negeri lain ia masih lagi “rare”.

Bagi orang Perlis pula, boleh merasa keenakan lemang periuk kera yang eksotik ini yang telah siap dimasak.

Peniaga Lemang Ketupat di tepi Shell Seriab, Jalan Kangar-Alor Setar, Hasnifazlina Hassan, 37 berkata, beliau telah menjual lemang periuk kera sejak lima tahun lalu.

Katanya, idea itu tercetus dari kartun Ipin dan Ipin yang sedang ditonton anaknya itu bercerita mengenai lemang periuk kera.

Semenjak itu beliau berhasrat untuk membuat lemang periuk kera selain menjual ketupat palas dan lemang yang menjadi juadah utama di musim perayaan.

Bagaimanapun kata Hasnifazlina beliau perlu mencari pembekal periuk kera terlebih dahulu.

“Alhamdulillah akhirnya saya mendapat bekalan ini daripada seorang orang Asli yang tinggal di Rompin, Johor,” katanya.

Beliau berkata, biasanya satu sarung periuk kera dijual dengan harga 50 sen.

Bagaimanapun katanya, beliau membeli secara pukal di mana setiap guni mengandungi 25 kilogram periuk kera.

Hasnifazlina berkata, beberapa tahun kebelakangan ini permintaan untuk lemang periuk kerana agak rendah.

“Tahun ini nampaknya permintaan naik mendadak sehingga 40 kilogram sehari memandangkan ramai yang balik kampung,”katanya.

Katanya, setiap pek lemang periuk seberat 500 gram ini dijual dengan harga RM15.

“Kami pula menyediakan lemang ketupat periuk kera, ketupat palas dan lemang yang siap dimasak setiap hari,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini lemang periuk kera masih kurang dikenali oleh penduduk tempatan.

“Ada membeli kerana ingin mencuba tetapi kemudiannya datang lagi untuk membeli,” katanya.

Hasnifazlina berkata, lemang periuk kera agak lain rasanya di mana aroma wangi dan sedikit manis.

Beliau berkata, proses membuat lemang ini agak lama terutama ketika mencuci bahagian dalam periuk kera.

Katanya, beliau juga mengurangkan air tapi ditambah dengan santan untuk rasa lembut dan enak.

“Lemang ini dimasak secara kukus dan tahan selama 12 jam ” katanya yang juga menjual pelbagai jenis rendang dan aneka serunding. -SM

sumber: suaramerdeka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2022 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
i pernah makan kat event org. Dia order entah brp kilo agaknya nak serve kat org … pendpt i rasa sama je , kalau dah beras pulut tu… ketupat daun palas ke. lemang ke. lemang kukus ke. pulut kuning ke, putih putih ke. rasa tetap lah sama… paling senang buat ialah pulut kuning… & i suka sbb boleh buat bentuk yg kita nak lepas dah masak . warna lawa plak tu kuning2 gitu. i always use kunyit tumbuk
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh byk2 tu cuci bersih kerr? Bkn apa monkey pot ni dok perangkap serangga, kdg2 cicak pun dibalunnya
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu netizen meroyan konon nya merosak kan ekosistem.sedang kan yang di tuai cuma periuk je pon.tak ada effect apa pun.lain la pokok nya di cabut dengan akar. tapi nak makan takut kotor sebab periuk kera toilet semula jadi untuk tupai kelawar..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2022 11:19 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 8-5-2022 11:10 PM
Dh byk2 tu cuci bersih kerr? Bkn apa monkey pot ni dok perangkap serangga, kdg2 cicak pun dibalunnya

Pernah sekali je makan benda ni.. mertua my brother buat... sekali je laa rasa pastu dengar2 cerita penjual tak cuci bersih... iols kembang tekak... better avoid terus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2022 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannnnn...kera nak masak nasi pakai apa pulakkk?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 11:34 PM | Show all posts
Biasa saja..cuma unik cara masak dan guna bahan..tapi kalau suka kepala lemang yang garing dan lemak tu jangan haraplah dengan cara ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2022 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak geli ke..kat dlm tu mcm2 serangga dan binatang terperangkap..tikus kecik pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
pernah mkn sekali kt open House...cm teruja gituh nk mkn sbb xpernam nampak pun..tetiba ada sorg kwn tegur, merosakkn ekosistem lah..alam lah..siap kata kalo x cuci bersih tu boleh sbbkn penyakit...Choi betul...mkn satu terus xmkn lg dah..
pendapat peribadi ai kata lemang buluh biasa lg sodap
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols tak gemar..coz bau dia tak menyenanngkan bg hidung iols...so iols lebih prefer lemang alas daun pisang je bersama aroma buluh
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kecik2 sebelum sekolah menengah biasa sgt mkn
..mak masak..mudah cari kat hutan kg...lepas tu semua dah x de semua dah diteroka hutan so langsung x pernah tengok dan merasa lagi sejak masuk sekolah menengah...

Periuk kera ni sejenis tumbuhan yg makan serangga di mana serangga jatuh dlm air periuknya dan x boleh2 keluar lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Halahhh masak je lah pakai buluh senang nak dapat. Bersih pun ye. Ni susah2 nak cari dalam hutan bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak menarik je tapi tak le sedap sangat,aku lebih suka lemang buluh lebih lebih lagi yang ada kerak kerak sikit bila dipotong , yang tu kena bakar lama sikit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2022 06:41 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 9-5-2022 06:41 AM

Owhhhhh...tq ilmu....so pengotor jugakla periuk kera ni....adoii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2022 07:40 AM | Show all posts
kwn ofis aku slalu order lemang ni utk jamuan ofis. tbh aku tak minat lemang ni, sbb dia kukus so tak feel lemang bakar. and renyah jugak nak bukak periuk kera tu duk melekat2 tak mcm daun pisang.

for me, lemang periuk kera is a big NO.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 8-5-2022 11:10 PM
Dh byk2 tu cuci bersih kerr? Bkn apa monkey pot ni dok perangkap serangga, kdg2 cicak pun dibalunnya

tu lah..
aku x berani mkn wpun ada yg ghajin membeli..tatuttt jumpa mende2 x sepatutnya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
nampak tak sedap
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 10:34 AM | Show all posts
makan ni, auto cpt gemok,berlemak gila,mmg padu sedap dia,
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 1.132264 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list