CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 761|Reply: 1

[Dunia] Polis Thailand tahan 89 warga Myanmar disyaki cuba seludup masuk ke Malaysia

[Copy link]
Post time 9-5-2022 12:16 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 8-5-2022 08:28 AM

Polis Thailand tahan 89 warga Myanmar disyaki cuba seludup masuk ke Malaysia[size=14.399999618530273px][size=0.8]Mei 8, 2022 @ 4:50pm




Foto hiasan.



NARATHIWAT (Thailand): Polis Thailand menahan 89 warga Myanmar termasuk sembilan wanita yang dipercayai cuba menyeludup masuk ke Malaysia, di Tak Bai, Narathiwat, selatan Thailand.

Timbalan Ketua Polis Narathiwat, Kol Pol Thawatchai Duksukkaew, berkata kesemua mereka ditahan dalam dua serbuan pada Sabtu di dua rumah sewa di Tak Bai.
Tiga trak pikap yang dipercayai digunakan untuk menghantar warga Myanmar terbabit turut dirampas.

"Siasatan awal mendapati kesemua warga Myanmar itu sedang menunggu masa yang sesuai untuk memasuki Malaysia.

"Polis sedang memburu empat lelaki tempatan yang juga pemandu trak pikap yang telah meloloskan diri ketika serbuan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Tentera Wilayah Narathiwat, Chalermporn Khamkhiao, berkata pihak berkuasa Thailand akan mempertingkatkan kawalan di sempadan bagi mengekang penyeludupan manusia.– BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/953223/polis-thailand-tahan-89-warga-myanmar-disyaki-cuba-seludup-masuk-ke


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2022 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki tempatan tu maksudnya lelaki Malaysia ke Thailand? Kalau Malaysia mohon hukum gantung je lah bila dah tangkap. Pembaziran kepada negara sajo simpan lama-lama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.059254 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list