CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 315|Reply: 0

[Tempatan] Pemimpin dunia Islam digesa wujudkan perbincangan aktif

[Copy link]
Post time 9-5-2022 12:32 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 8-5-2022 08:34 AM

Pemimpin dunia Islam digesa wujudkan perbincangan aktif[size=14.399999618530273px][size=0.8]Oleh Samadi Ahmad - Mei 8, 2022 @ 3:03pm[email protected]





Idris menyampaikan ucapan pada Persidangan Antarabangsa anjuran World Muslim Communities Council di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, hari ini. Foto Facebook Idris Ahmad




PUTRAJAYA: Pemimpin Islam dunia disaran mewujudkan perbincangan aktif bagi membina wehdatul fikr (kesatuan fikrah) dan wehdatul amal (kesatuan tindakan) untuk menggerakkan badan-badan Islam bersama agensi kerajaan dalam mewujudkan pelan tindakan perpaduan ummah di seluruh dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, berkata ia bertujuan memastikan perpaduan umat Islam di seluruh dunia sentiasa berpaksikan kepada Islam sebagai agama di sisi Allah.

Mewakili Kerajaan Malaysia, beliau mengucapkan terima kasih atas jemputan ke Persidangan Antarabangsa anjuran World Muslim Communities Council di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), hari ini.

Katanya, persidangan itu bertepatan dengan waktu di mana negara-negara Islam dalam keadaan memerlukan pemikir dan cendekiawan Islam dari seluruh dunia bagi merealisasikan perpaduan umat Islam di seluruh dunia.

"Ketika berucap saya juga menerangkan mengenai konsep Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera yang menjadi lambang komitmen kerajaan kepada kesatuan dan perpaduan ummah.

"Perpaduan adalah kunci kepada keharmonian antara kaum yang menjadi ramuan kepada pembentukan negara Malaysia," katanya yang ditulis di Facebooknya selepas menyampaikan ucapan dalam Persidangan Antarbangsa 'Kesatuan Islam: Konsep, Peluang dan Cabaran' anjuran World Muslim Communities Council di Abu Dhabi, UAE, hari ini.

Persidangan dirasmikan oleh Menteri Toleransi dan Kebersamaan UAE, Sheikh Nahayan Mabarack.

Ia dihadiri pemimpin dunia Islam, mufti, ilmuan, pentadbir, penyelidik di peringkat antarabangsa yang menjadi platform untuk berkongsi pengalaman dalam menyuburkan agenda penyatuan ummah dalam pelbagai bidang.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.055156 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list