View: 717|Reply: 3
|
Lelaki Warga Pakistan Buat Laporan Konon Disamun
[Copy link]
|
|
Polis menafikan dakwaan pasangan kekasih meminta mereka menarik balik laporan polis yang dibuat berkaitan dakwaan disamun di Bangsar sehingga tular di media sosial.
Malah, siasatan polis tidak berlaku kejadian samun terbabit dan individu terbabit didapati membuat laporan palsu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menyedari satu kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter pada 2.24 petang kelmarin.
Menurutnya, kenyataan itu berkaitan layanan siasatan pihak polis terhadap pasangan kekasih yang mendakwa disamun di Bangsar dan dipaksa pihak polis menarik semula laporan yang dibuat.
"Kenyataan ini tular di media sosial dengan mendapat 508 tanda suka, 62 komen dan 537 ulang ciap.
"ada jam 4.15 petang kelmarin, seorang lelaki warga Pakistan berusia 22 tahun membuat laporan polis mendakwa disamun sekumpulan lelaki.
"Kejadian berlaku pada 2 pagi semalam semasa lelaki itu sedang merokok di kaki lima yang terletak di Jalan Telawi 3 Bangsar," katanya dalam kenyataan malam semalam.
Amihizam berkata, lelaki terbabit mendakwa sekumpulan lelaki meminta wang dan memukulnya di bahagian muka lalu mengambil barangan peribadi pengadu berupa sebentuk cincin perak, rantai leher emas, telefon bimbit I-Phone dan wang tunai bernilai RM6,000.
"Bagaimanapun hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati tiada kejadian samun atau pertengkaran seperti dinyatakan lelaki terbabit.
"Rakaman CCTV juga menunjukkan dia bersama dua wanita sedang menyeberang jalan dari hadapan sebuah bank di Jalan Telawi ke tempat letak kereta dalam keadaan tenang dan tidak tergesa-gesa," katanya.
Beliau berkata, keterangan awalnya kepada pihak polis pula didapati ada keraguan dan tidak konsisten.
"Berdasarkan keterangan saksi, polis hadir bagi menyuraikan beberapa pelanggan yang menjerit-jerit kerana mabuk di kelab yang dikunjungi oleh lelaki Pakistan terbabit pada hari kejadian.
"Namun, CCTV tidak memaparkan sebarang kejadian samun atau pertengkaran yang membabitkan dia dan teman wanitanya di lokasi kejadian," katanya.
Sehubungan itu, katanya, polis sudah merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan cadangan menuduh suspek mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apa tujuan buat laporan palsu??? Boleh claim insurans ipong ilang ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Polis menafikan dakwaan pasangan kekasih meminta mereka menarik balik laporan polis yang dibuat berkaitan
kenapa aku rasa sepatutnya ayat di atas ditulis '...kekasih dan meminta...'
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 10-5-2022 01:18 PM
kenapa aku rasa sepatutnya ayat di atas ditulis '...kekasih dan meminta...'
Aku pun baca dua tiga kali perenggan tu, tetap tak faham. Bila baca selanjutnya, baru faham. Wartawan skang spm subjek bm takat lulus je pun boleh jadi wartawan, gamaknya.
Pada pendapat aku, mungkin lebih tepat kalau tulis cam ni 'polis menafikan dakwaan pasangan kekasih bahawa mereka diminta oleh pihak polis untuk menarik semula ...'
Kena la tulis sapa yg suruh tarik balik laporan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|