CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 621|Reply: 0

[Tempatan] Petang bergurau, malam meninggal

[Copy link]
Post time 9-5-2022 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Petang bergurau, malam meninggal



Pekerja kilang, Muhammad Fazli Mohamad Shamsudin, 29, maut selepas motosikal ditunggang merempuh SUV di Kilometer 76.1, Lebuhraya Utara Selatan hala Utara, malam tadi. - Foto tular


SUNGAI PETANI: "Petang semalam, kami sempat bergurau di rumah kenduri, namun malam tadi saya terserempak dengan dia yang dalam keadaan nazak sebelum meninggal dunia".

Ketua Operasi Skuad Pengurusan Jenazah Percuma Hang Cangkul Murtadha Dakwah Centre (MADAD), Muhammad Ridzuan Osman, berkata rakannya, Muhammad Fazli Mohamad Shamsudin, 29, meningal dunia selepas motosikal ditunggangnya terbabit nahas di lebuh raya.

Mangsa yang bekerja di sebuah kilang dipercayai merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer (Km) 76.1, Lebuhraya Utara Selatan hala utara, di sini, kira-kira jam 9.45 malam tadi.

Muhammad Ridzuan berkata, dia sebelum itu sempat bertemu dan bergurau dengan arwah ketika berada di rumah kenduri berhampiran kampung mereka di Tikam Batu.

"Selepas itu, kami beredar kerana mempunyai kerja lain dan arwah sempat memberitahu yang dia mahu menyertai konvoi bermotosikal ke Jitra. Saya pula ketika itu mempunyai urusan menghantar jenazah dari Hospital Sungai Petani juga menuju ke Jitra.

"Ketika dalam perjalanan di lebuh raya, saya ternampak kemalangan dan memberhentikan kenderaan, nampak penunggang motosikal terbaring sebelum mengecam mangsa adalah rakan yang ditemui sebelum itu di rumah kenduri selepas melihat pakaiannya.

"Ketika itu, dia masih bernyawa dan saya bersama beberapa rakan sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah sebelum dia menghembuskan nafas akhir. Agak mengejutkan kerana kami baru beberapa jam bertemu dan bergurau, namun tuhan lebih menyayanginya," katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata kemalangan itu ketika hujan lebat dan laluan terbabit juga agak gelap kerana tiada lampu jalan.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati mangsa menunggang Yamaha Y15 dari arah Gurun menghala Alor Setar dan merempuh SUV yang ketika itu sedang bergerak perlahan di lorong kiri kerana kesesakan jalan akibat satu kemalangan tidak jauh dari situ.

"Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa mengalami pelbagai kecederaan pada badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat.

"Pemandu SUV tidak mengalami sebarang kecederaan dan polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... rau-malam-meninggal

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.347938 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list