View: 677|Reply: 1
|
[Dunia]
Lelaki Russia maut ketika daki Gunung Everest
[Copy link]
|
|
BARISAN pendaki cuba menawan puncak Gunung Everest pada Mei 2021. – AFP
Lelaki Russia maut ketika daki Gunung Everest
KATHMANDU, NEPAL – Seorang pendaki dari Russia maut ketika mendaki Gunung Everest, yang menjadikannya sebagai kematian kedua dicatatkan di puncak tertinggi dunia itu pada musim ini, lapor portal berita MailOnline semalam.
Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu meninggal dunia pada Sabtu lalu selepas jatuh sakit ketika menyesuaikan diri dengan keadaan altitud di sebuah kem yang berada hampir dengan puncak gunung.
“Mayatnya telah dibawa ke kem pangkalan dan akan diterbangkan ke Kathmandu apabila cuaca bertambah baik.
“Walaupun punca kematian masih belum diketahui, ia mungkin disebabkan oleh komplikasi berkaitan masalah altitud,’’ kata seorang pegawai di Jabatan Pelancongan Nepal, Raj Dhungana.
Kematian itu turut disahkan oleh Pengarah Seven Summits Treks, Mingma Gelu, yang juga merupakan seorang sherpa atau malim gunung. Seven Summits Treks merupakan agensi yang mengendalikan ekspedisi lelaki berkenaan.
Bulan lalu, seorang sherpa Nepal, Ngimi Tenji, yang membawa peralatan mendaki ditemui meninggal dunia di gunung tersebut.
Nepal telah mengeluarkan 316 permit kepada pendaki gunung termasuk 17 warga Russia pada pendakian musim bunga tahun ini yang berlangsung dari pertengahan April hingga akhir Mei. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... aki-gunung-everest/
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila dah tengok documentary pasal Everest ni sampai sekarang teringat kisah "Green boots" dengan "Sleeping Beuty". Tragis betul... |
|
|
|
|
|
|
| |
|