CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2464|Reply: 21

[Tempatan] Padah halang kenderaan escort VIP pada pukul 11.30 malam. Lelaki 36 tahun direman 4 hari

[Copy link]
Post time 10-5-2022 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 10-5-2022 01:22 PM


Siasatan mendapati kejadian berlaku semasa tugas mengiringi orang kenamaan melalui Lebuh Raya Sultan Iskandar menghala susur masuk ke Jalan Sultan Abdul Halim pada 11.30 malam 6 Mei lalu.

PETALING JAYA: Tindakan lelaki menghalang penjawat awam yang mengiringi orang kenamaan dan memandu secara gopoh mengundang padah apabila ditahan polis, kelmarin.

Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya, berkata Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menerima satu laporan polis berkenaan kejadian seorang individu menghalang penjawat awam dalam menjalankan fungsi jawatannya dan memandu secara gopoh di jalan awam pada 1.30 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa tugas mengiringi orang kenamaan melalui Lebuh Raya Sultan Iskandar menghala susur masuk ke Jalan Sultan Abdul Halim, di sini, pada 11.30 malam 6 Mei lalu.

Katanya, suspek berusia 36 tahun itu ditahan pada 7 Mei dan direman empat hari mulai 8 Mei.

“Pada 7 Mei jam 1 tengah hari, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi telah berjaya menangkap lelaki warganegara berusia 36 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes tersebut, yang kemudiannya direman selama empat hari mulai 8 Mei hingga 11 Mei,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan fungsi jawatannya, dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan iaitu tuduhan memandu atau menunggang dengan gopoh di jalan awam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2022 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapakah org kenamaan itu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang kenamaan tu tengah malam takde jem pun gigih jua nak berdesup suruh org ketepi?

Sorry lah... Aku bitter dgn privileged vip ni kat jalanraya dan segala tempat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 09:12 AM | Show all posts
Escort bukan utk clear jalan jer... utk keselamatan jugak from potential threat, culik, bunuh, dan lain2

(ini utk yg betul2 VIP yea, bukan anak MP dan lain2 yea...)
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat marhein kena reman. Adan uke.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 09:26 AM | Show all posts
oooo memandu gopoh  pun kena reman ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2022 09:43 AM | Show all posts
kalau vip asal usul org biasa, tetiba culture shocked, adab dan bahasa tak berapa nk kemas, muka talam, blaja tak rajin, bnyk menipu, bnyk nyusahkn org, mkn/curi/songlap duit rakyat, ramai musuh, ramai org benci, sedar kesalahan diri dan sedar ramai org benci, mmg patut aa kena escort. gi bli apam balik kt pasar mlm pn blom tentu tenang. memana vip yg dibenci masyarakat yg baca ni, korang hati2 aa, nk mkn pape elok aaa bwk bekal siap2 prepare sendiri dari rumah. korang main kotor, nnt org lain pn main kotor.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni mmg aku x setuju...laki aku pun kalau emergency nak meeting atau ke satu tempat penting ada polis escort..tapi dia mmg jarang gunakan..aku pun kabo kat dia menyusahkan masyarakat..tapi katanya mmg ada kes betul2 emergency yg terpaksa juga guna escort .

Kadang2 vvip dan vip ni bukan hal penting pun saja salah guna kemudahan escort ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2022 10:06 AM | Show all posts
JunkMail replied at 10-5-2022 09:03 AM
Orang kenamaan tu tengah malam takde jem pun gigih jua nak berdesup suruh org ketepi?

Sorry lah... ...

Aku pernah kene tunggu kt traffic lights 15 minit sbb ade VIP bakal lalu.
Mmg hanat kalau yang mcm ni.
15 minit semua kereta x boleh gerak.
Kalau ikutkan kenderaan persendirian kene patuh kalu emergency je kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 10:12 AM | Show all posts
slyfynx replied at 10-5-2022 10:06 AM
Aku pernah kene tunggu kt traffic lights 15 minit sbb ade VIP bakal lalu.
Mmg hanat kalau yang mcm ...

Tak. Kau kena patuh selama mana ada polis trafik dekat situ. Kalau dia tahan kau sejam tak bergerak pun bukan boleh buat apa, sebab dia tengah menjalankan tugas sebagai penjawat awam. Siapa suruh tak VVIP.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 10:22 AM | Show all posts
hamlau mana  kena  escort  memalam buta ni?
Privileged much? Hak hak  hak!! ni lah hasilnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2022 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
musangbodoh replied at 10-5-2022 09:26 AM
oooo memandu gopoh  pun kena reman ye

Sayangnya x video. Gigih cari x jumpa juga. Kalo x bole nilaikan sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
1.30 pagi pun sibuk nk guna escort..

*berita sampah ke ni..kejap 11.30, kejap 1.30
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2022 01:23 PM | Show all posts
krustykrab replied at 10-5-2022 01:13 PM
1.30 pagi pun sibuk nk guna escort..

*berita sampah ke ni..kejap 11.30, kejap 1.30

kejadian 11.30 malam. laporan polis 1.30 pagi rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
ini patut di angkat jadi hero.bukan nya pesalah dadah yang di hukum.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 03:42 PM | Show all posts
vip tu katanya si tua bumi kenyalang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2022 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak tasty dengan gay escort jah
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 03:50 PM | Show all posts
mziskandar replied at 10-5-2022 09:43 AM
kalau vip asal usul org biasa, tetiba culture shocked, adab dan bahasa tak berapa nk kemas, muka tal ...

sebijik mcm lim gone eng.

Dia pi mana pun org neheng buat tak tahu.

byk sgt kes rasuah.

terowong, bunglow, mintak komisen 10%, kajian buat terowong 200 juta, e-wallet 30 ringgek.

janji tol nak bagi pree last2 kene tipu wakakakaka padan muka kene kencing.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 03:59 PM | Show all posts
mojarean_X replied at 10-5-2022 01:23 PM
kejadian 11.30 malam. laporan polis 1.30 pagi rasanya

First round baca aku ingat dia memandu secara gopoh 1.30 pagi




Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 10-5-2022 08:58 AM
Siapakah org kenamaan itu?

Ragad al Kurdi, pompuan Kurd syria
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.221684 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list