CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1237|Reply: 7

Bengang Ramai Memandu Macam Pelesit- Lelaki Menyamar Jadi Penguatkuasa, Guna Ring Light Sebagai Alat Speed Traps

[Copy link]
Post time 10-5-2022 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Gelagat seorang lelaki menyamar sebagai anggota penguatkuasa dengan memegang alat ‘speed traps’ rekaannya sendiri telah mencuri tumpuan ramai.


Rakaman yang dikongsikan seorang pengguna media sosial, Fieza Mieza memperlihatkan lelaki berkenaan menggunakan ‘ring light’ dan beberapa barang lain seolah-olah sedang mengesan tahap kelajuan kenderaan yang melalui laluan tersebut.


Menurut Fieza, lelaki tersebut merupakan bapanya dan sanggup bertindak sedemikian disebabkan berang dengan sikap sesetengah pemandu yang membawa kenderaan mereka melebihi had laju ketika melalui kawasan kampung.








“Perangai ayah aku. Ayah buat macam ini, memang banyak kereta bawa perlahan bila nampak,” katanya.


Dalam pada itu, video tersebut menjadi tular sejak kelmarin dan rata-rata orang ramai terhibur dengan gelagat bapanya itu kerana kreatif dalam menangani masalah pemandu tidak berhemah.


Ada juga pengguna yang sempat berseloroh mencadangkan alatan lain bagi lebih menampakkan seperti alat ‘speed traps’ yang sebenar agar dapat mengeliriku pemandu-pemandu berkenaan.


“Terbaik la abang, kreatif, sama-sama kita tangani masalah pemandu ‘pelesit’ macam itu, memang ramai yang bawa laju jalan kampung, jalan sempit pun nak tunjuk lagak,” kata Fairuz.


“Suruh ayah pegang alat pengering rambut, baru nampak lagi sebenar,” seloroh seorang pengguna.


“Bagi ‘flash’ lampu, mesti lagi terkejut yang lalu, biar mereka takut sikit,” komen Syarina. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2022 11:49 AM | Show all posts
sanggup berpanas tu. good job acik
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tergelak plak aku baca
Geram sgt la tu pakcik eh
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Steady la pokcit
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbnrnya tk perlu buat cmni..tambat je babi hutan kt tepi..mesti jem jalan tu sbb smua gerak perlahan sbb tkut Kene sondol babi
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
dia dh 'menyamar sbg pgwai penguatkuasa'...sapa yg 'kena'...buat la repot polis...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2022 01:48 PM | Show all posts
Bear terbaca lelaki Myanmar...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
1. Dah dia gi buat content, org tau dah lah bukan prnguatkuasa
2. Boleh ke berbangga menyamar jadi pihak berkuasa?
3. Iols tak caya ayah dia duduk situ sepanjang hari, takkan takde benda lain nak buat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.051908 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list