View: 385|Reply: 2
|
[Tempatan]
300 hingga 350 tan sampah domestik, pukal sehari di Kota Bharu
[Copy link]
|
|
300 hingga 350 tan sampah domestik, pukal sehari di Kota Bharu
GAMBAR hiasan
Kota Bharu: Purata sebanyak 300 hingga 350 tan sampah domestik dan pukal yang dihasilkan oleh penduduk Kota Bharu dalam masa sehari bagi tempoh dua minggu ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin berkata, berlaku peningkatan pembuangan sampah ketara sebelum dan selepas Aidilfitri ini berikutan penduduk yang membuat persiapan perayaan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Katanya, sebelum ini jumlah sampah yang dihasilkan oleh penduduk adalah antara 250 hingga 300 tan sehari.
"Peningkatan pembuangan sampah oleh penduduk daerah Kota Bharu disebabkan oleh persiapan hari raya iaitu rakyat membersihkan kawasan rumah mereka dan sambutan Aidilfitri.
"Kemungkinan barangan lama dibuang untuk digantikan dengan yang baharu menyebabkan timbunan sampah di dalam tong yang disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT). Namun, pihak PBT sentiasa membuat kutipan secara efisien untuk mengelakkan sampah bertimbun.
"Kebersihan tahun ini tidak jadi isu sebab pekerja kebersihan membuat kerja dedikasi dan komited untuk selesaikan sampah yang dibuang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Mesra Aidilfitri di pejabatnya di Kota Darulnaim di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Izani berkata, sekiranya jentera kutipan sampah tidak mencukupi, kerajaan Kelantan akan meminta bantuan daripada jentera swasta.
"Untuk menjadikan negeri ini bersih, kerajaan negeri akan meneliti termasuk meningkatkan bajet bagi meningkatkan kebersihan.
"Selain itu, kerajaan negeri dan rakyat juga perlu bergabung untuk sama-sama menjaga kebersihan di Kelantan," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ehari-di-kota-bharu
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa longgokan sampah kat Malaysia ni just timbus aje? Kalau guna incinerator kan bagus. Boleh generate elektrik lagi provided the operator tu follow standard alam sekitar la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Huk aloh klate gedebe cawwat kote buah mempele serambi Moscow gommo klate gommo! malu kokram, hok ni hok tu hok ni hok tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|