View: 985|Reply: 4
|
[Tempatan]
Sewa tertunggak, penghuni rumah warga emas bakal diusir
[Copy link]
|
|
Sewa tertunggak, penghuni rumah warga emas bakal diusir
JAYA Poongan, 56, ketika ditemui di Pusat Penjagaan Warga Emas di sebuah premis bernombor 63 di Jalan York di sini. FOTO Mikail Ong
Georgetown: Seramai 50 penghuni rumah jagaan warga emas di sebuah premis bernombor 63 di Jalan York di sini, berdepan masalah pengusiran apabila tidak mampu menjelaskan sewa yang tertunggak selama empat bulan mencecah RM7,200.
Pengurusnya, Jaya Poongan, 56, berkata, dia sudah menubuhkan rumah jagaan berkenaan sejak lima tahun lalu bagi membantu warga emas yang diabaikan keluarga atau kehilangan tempat bergantung.
"Tempat ini beroperasi sepenuhnya hasil sumbangan orang ramai namun dalam tempoh dua tahun pandemik kami berdepan masalah kewangan yang meruncing sehingga tidak mampu membayar sewa sebanyak RM1,800 sebulan.
"Kami juga mempunyai masalah tunggakan elektrik berjumlah RM5,700 dan tunggakan air yang masih berbaki RM780," katanya di sini, hari ini.
Jaya yang pernah berkhidmat di Jabatan Dietetik Hospital Pulau Pinang selama 15 tahun berkata, dia menjaga rapi pemakanan penghuni yang terdiri daripada individu berusia 60 hingga 80 tahun selain membantu merawat mereka yang terlantar sakit dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.
Ibu tunggal itu berkata, dia mengakui tidak mempunyai lesen untuk beroperasi dan baru mengemukakan permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan bantuan sewajarnya.
Namun permohonan lesen itu tidak dapat diproses kerana premis yang disewa tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan JKM selain pemilik premis tidak membenarkan kerja pengubahsuaian dilakukan di bangunan terbabit.
"Ada lapan orang penghuni di sini mendapat bantuan bulanan JKM selain ada dua penghuni yang keluarga mereka hantar wang belanja setiap bulan jadi lebih 90 peratus warga emas tinggal di sini, tanpa mengeluarkan sebarang bayaran.
"Sebenarnya sejak bulan lepas pemilik sudah minta kami berpindah tetapi kami minta tempoh sehingga dapat cari tempat baru dan berharap sangat orang ramai dapat bantu kami berpindah ke lokasi yang lebih sesuai untuk kami beroperasi secara sah," katanya.
Sementara itu, Ketua Biro Gerakan Masyarakat Sivil MCA Pulau Pinang Cheah Chin Woon berharap semua pihak merentasi parti politik dapat menghulurkan bantuan kepada penghuni rumah berkenaan.
"Saya hanya mampu mengetengahkan masalah ini kepada umum menggunakan platform MCA dan kami ada juga menghulur bantuan namun ia tidak mencukupi.
"Saya berpendapat untuk menyelesaikan masalah ini sepenuhnya memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak tanpa mengira parti politik terutamanya kerajaan negeri," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-emas-bakal-diusir
|
|
|
|
|
|
|
|
dewa sayu, sila jalankan tugas anda yach. Jangan lupa bawak cameraman |
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 10-5-2022 04:54 PM
dewa sayu, sila jalankan tugas anda yach. Jangan lupa bawak cameraman
kok msh bersama baem??? |
|
|
|
|
|
|
|
Contact ler NGO kot2 ada yang nak bantu nak harap orang ramai sekarang ni ramai yang sesak nak2 lepas2 raya macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
orang india tak pandai ke cuci duit?...ai kagum |
|
|
|
|
|
|
| |
|