Edited by FOTHER-MUCKER at 10-5-2022 06:11 AM
Bayi lelaki 11 bulan maut di rumah pengasuh[size=14.399999618530273px][size=0.8][size=0.9]Amir Abd Hamid
[email protected]
GAMBAR hiasan
Kuala Lumpur: Polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kes kematian bayi lelaki di rumah pengasuhnya di Kajang, semalam. . Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada Pegawai Perubatan Hospital Serdang mengenai kejadian itu.
"Pihak Hospital Serdang memaklumkan menerima bayi berusia 11 bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri yang dibawa dari rumah pengasuh. "Keterangan daripada pengasuh sudah diambil.
"Setakat ini siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kematian bayi itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, bedah siasat sudah dijalankan hari ini di Unit Forensik Hospital Serdang. "Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. "Setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang ada maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi mana-mana balai terdekat atau Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502.
Disiarkan pada: Mei 10, 2022 @ 2:57pm
|