Polis telah membuka kertas siasatan berhubung rakaman video memaparkan rasa tidak puas hati sepasang suami isteri terhadap layanan pemilik sebuah penginapan di Taiping, Perak baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata kes itu di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menurutnya, pihak polis menerima laporan mengenai penularan video berdurasi 2.56 minit itu di laman media sosial TikTok, pada Sabtu lalu.
“Siasatan sedang dijalankan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa, lapor Astro Awani.
Dia turut menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan elak menggunakan platform media sosial sehingga boleh mendatangkan kegusaran awam serta menggugat keharmonian masyarakat.
Terdahulu tular di media sosial sebuah video dipercayai dirakam pasangan terbabit yang tidak berpuas hati dengan layanan diterima ketika menyewa tempat penginapan di kawasan Taman Tasik Taiping. Mk
Sumber Astro Awani
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
dah salah tu minta maap je la dato oi..ni jenis ego melangit. kau nak buat bisness, buatlah betul2, bila org kata melayu tak reti buat bisness tau merempan2, ada peluang tak nak ambil... bisness tak maju tuduh jin..sendiri yang rosakkan bisness tak nampak..
Post time 11-5-2022 10:07 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Resort buruk owner ada hati nk berlagak dan rasis...bodoh dlm bisnes ko nk berlagak...taoi kebanyakan resort mmg buruk2 x caya pi terengganu nun...kebanyakan teruk2..