CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 466|Reply: 2

[Tempatan] Jakim siasat dakwaan syarikat di Australia langgar SOP sembelihan halal

[Copy link]
Post time 11-5-2022 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Jakim menegaskan ia sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, sekiranya terdapat sebarang kesalahan dan ketidakakuran melibatkan proses pensijilan dan pengiktirafan halal.

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) sedang menyiasat dakwaan pelanggaran prosedur penyembelihan halal sebuah syarikat yang diiktiraf halal oleh Malaysia di Australia, kata Ketua Pengarahnya, Hakimah Mohd Yusoff.

Hakimah dalam kenyataan semalam berkata, siasatan dilakukan Pegawai Atase Halal Jakim di Australia dan pihak berkuasa Australia, iaitu “Department of Agriculture, Water and the Environment” (Dawe).

Beliau berkata, perbincangan antara Jakim dengan Kaunselor (Pertanian), Kedutaan Australia di Malaysia diadakan 28 April lepas bagi memastikan hasil siasatan itu dapat diserahkan kepada kerajaan Malaysia secepat mungkin.

“Ingin ditegaskan Jakim sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, sekiranya terdapat apa-apa kesalahan dan ketidakakuran yang melibatkan proses pensijilan dan pengiktirafan halal,” katanya.

Beliau berkata, Jakim sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi menyiasat sebarang dakwaan salah laku dalam perkara tersebut, termasuk melibatkan pegawai Jakim, sekiranya ada.

Hakimah berkata, Jakim juga bersedia bertemu mana-mana pihak yang mempunyai bukti kukuh mengenai isu tersebut pada bila-bila masa demi kepentingan semua pihak.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas) dan Sahabat 99 sebelum ini mendedahkan pelanggaran SOP penyembelihan halal oleh sebuah syarikat di Australia, yang mendapat kelulusan dari badan induk halal Jakim.

Presiden Pekemas, Faizan Mohd Nor ketika membuat pendedahan itu berkata, berdasarkan bukti video dan gambar serta diperkukuhkan dengan saksi yang merupakan pekerja sembelihan di syarikat itu, pihaknya yakin terdapat unsur jelas pelanggaran protokol penyembelihan.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2022 10:06 AM | Show all posts
Pelik juga timbul hal ni esp in country macam Australia, sebab setahu I derang very strict.  Abattoirs derang lagi bersih drpd yg so called pusat penyembelihan di Malaysia.  Di UK, Australia, NZ, it is illegal bila sembelih haiwan without having them apa tu yg "electrocuted" tu i pun tak ingat nama dia, sebab konon humane sebelum di sembelih.  TAPI ada exception for religious purposes untuk penyembelihan halal atau kosher meat, tak payah dielectrocuted kan.

So, tak tau la Jakim ni punya tempat kat mana, but I memang tahu, semua pusat penyembelihan kat AU sana ikut protokol.  PPIM ni tak pernah gi overseas ke???
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Pipe dream ajele klu zaman dimana makanan dihasilkan secara mass produce ni kau nak ada jaminan halal????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.033529 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list