CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 871|Reply: 15

[Politik] PAS tak sedia ‘putus’ dengan Umno, kata mursyidul am

[Copy link]
Post time 11-5-2022 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Hashim Jasin berkata, rugi sekiranya hubungan PAS dan Umno tidak dipertahankan kerana Muafakat Nasional merupakan formula terbaik untuk menghadapi PRU15. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata, parti itu tidak bersedia memutuskan hubungan dengan Umno dalam Muafakat Nasional yang disifatkan sebagai formula terbaik untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, rugi sekiranya hubungan itu tidak dipertahankan, oleh itu beliau mengingatkan Umno supaya tidak terburu-buru membuat keputusan.

Beliau berkata, salah satu fasal dalam piagam itu menyebut, jika berlaku sebarang perselisihan atau salah faham antara kedua-kedua parti itu, kembalilah merujuk al-Quran sebagai rujukan bagi menyelesaikan sebarang masalah berbangkit.

Kita tidak pernah putus dengan Umno dan sentiasa menghormati perjanjian yang termeterai di dalam piagam MN. PAS tidak sedia untuk putus dengan Umno dan berharap sebarang perselisihan dapat diselesaikan.

“Sebaik-baiknya kembalilah kepada penyatuan yang memberi manfaat besar kepada umat Islam di negara ini dan janganlah berpecah,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dilapor menyifatkan penyatuan ummah menerusi MN yang digagaskan PAS dan Umno sebagai formula terbaik.

Katanya, penyatuan itu tidak terhad kepada parti tertentu sahaja, sebaliknya boleh disertai mana-mana parti politik, badan bukan kerajaan atau individu yang mempunyai matlamat sama, iaitu ke arah penyatuan ummah seperti yang termaktub dalam piagam itu.

Namun, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu lalu berkata, kerjasama parti itu dengan PAS melalui MN perlu dilupakan menjelang PRU15.

Ini kerana, katanya, parti itu sudah beberapa kali memberi ruang secukupnya kepada PAS untuk mempersetujui perkara terkandung di dalam piagam MN, namun ia tidak disepakati.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2022 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Mursyidul HamPAS tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Pulakkkkk…yang ko pergi berding dang dengan Bersatu tu dah kenapa?hampagas punya parti..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Pembangkang baru nak melompat syok bersorak tepok tangan dah tak jadi pulok??

Potong stim betoi la mursyidul PAS ni !

Jarum2 halus pembangkang tak menjadi
teruih kuciwa masuk dlm gua balik.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 09:45 AM | Show all posts
hamPAS ni memang spesis tak tau malu ke apa..

dua2 nak... dia nk tengok yg mana ada kelebihan, nanti baru dia tinggal pihak yang tak berapa nak berpotensi tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 09:45 AM | Show all posts
hamPAS ni memang spesis tak tau malu ke apa..

dua2 nak... dia nk tengok yg mana ada kelebihan, nanti baru dia tinggal pihak yang tak berapa nak berpotensi tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-5-2022 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Get rid of Hadi Awang and geng2 publika dulu
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 09:56 AM | Show all posts
PAS ni mmg sengaja recycle issue ni eh? Nak cooperate dgn UMNO pastu jual mahal tak nak. Pastu nak cooperate pastu tak nak bla bla.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2022 11:00 AM | Show all posts
Rugi lah sebab hilang habis semua jawatan menteri/timb segala tu. Siapa nak bayar duit mercedes lobai2 nanti??
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Pulok dah.. natey
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Pas the King maker.
Toh paq hang
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 04:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Next pru golongan muda bertanggungjawab untuk tong sampahkan Pas di Kelantan. Kalau negeri lain nak ambil, ambillah. Kerajaan yang tak guna kepada rakyat. Angkuh dan bodoh tak reti nak jaga negeri tapi berangan nak jaga negara
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2022 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 12-5-2022 06:54 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 07:18 AM | Show all posts
dah dapat merasa duduk kerusi empuk,naik vellfire , goyang kaki dapat gaji, buat statement bodoh sebagai menteri , rugi lah kalau terlepas jawatan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Amanat hadi tersenyum sinis.
Dah tak sekular agaknya amnu sekarang ya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.048451 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list