CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 582|Reply: 2

Puluhan Wanita Tertipu! Doktor Palsu Guna Batang Lolipop Untuk Cegah Hamil

[Copy link]
Post time 11-5-2022 09:57 AM | Show all posts |Read mode
CARACAS, Venezuela – Seorang lelaki Venezuela yang menyamar sebagai doktor ditahan polis kerana didakwa memasukkan batang plastik gula-gula lolipop di bawah kulit lengan berpuluh-puluh wanita.


Menurut laporan laman Oddity Central, batang plastik itu didakwa lelaki tersebut sebagai implanon hormon perancang keluarga.


Jose Daniel Lopez, 38, dituduh memperdaya sekurang-kurangnya 25 wanita yang membuat bayaran kepadanya bagi menanam batang lolipop di bawah kulit mereka sebagai alat pencegah kehamilan.




Foto: Oddity Central




Penipuan Lopez bagaimanapun terbongkar apabila sebahagian daripada ‘pesakitnya’ mendapati diri mereka hamil walaupun selepas menanam alat pencegahan kehamilan seperti yang didakwa lelaki itu.


Lopez yang tidak mempunyai sebarang kelayakan dalam bidang perubatan, berjaya mendapatkan pekerjaan di pusat kesihatan di La Victoria dan Maracay, Venezuela selepas memalsukan ijazah perubatannya.


Menurut Mayo Clinic, prosedur implanon sebenar merujuk kepada implan kontraseptif yang melepaskan dos hormon progestasional yang rendah dan stabil untuk memekatkan lendir serviks serta menipiskan lapisan rahim selain mengganggu kitaran ovulasi.


Implan itu berbentuk seperti batang plastik kecil mudah lentur yang dimasukkan di bawah lengan tetapi dalam kes Lopez, ia hanya sekadar plastik keras dan tidak memberi sebarang impak kepada kitaran haid seorang wanita. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2022 10:19 AM | Show all posts
apsal aku tgk mcm syuk sahar jah
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Biras iols pakai tak bukak2 lepas 6 tahun..melekat habis kat daging ek implan ni..
Ngeri iols membayangkannya  
Makan pil yasmin jelahhhh
Kulit cantekkkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.046199 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list