CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 704|Reply: 4

[Dunia] Permohonan Ukraine untuk sertai EU ambil masa berpuluh tahun

[Copy link]
Post time 11-5-2022 11:14 AM | Show all posts |Read mode

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy melengkapkan bahagian kedua permohonan keahlian EU untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Eropah, kelmarin. - Twitter Olga Stefanishyna

Permohonan Ukraine untuk sertai EU ambil masa berpuluh tahun

STRASBOURG, PERANCIS – Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyatakan bahawa Ukraine mungkin akan mengambil masa sehingga berpuluh-puluh tahun untuk diterima sebagai ahli Kesatuan Eropah (EU), lapor stesen penyiaran CNN  kelmarin.

Menerusi ucapannya di Parlimen EU di Strasbourg, Macron turut mencadangkan agar Ukraine menyertai satu ‘komuniti Eropah yang selari’, ketika menanti keputusan daripada kesatuan itu.

Menurut beliau, ia akan membolehkan negara bukan ahli untuk tetap menyertai pakatan keselamatan blok Eropah dalam cara lain.

“Kita semua jelas bahawa proses untuk meluluskan (Ukraine) menyertai EU akan mengambil masa selama bertahun-tahun atau mungkin mencecah puluhan tahun.

“Itulah kebenarannya, melainkan kita membuat keputusan untuk merendahkan piawaian bagi menerima penyertaan ahli baharu dan memikirkan semula perpaduan di rantau ini,” katanya.

Tambah Macron, Ukraine perlu mempertimbangkan untuk menyertai ‘komuniti Eropah yang selari’, dan bukannya sekadar menanti permohonan bagi keahlian EU diluluskan.

“Ia adalah satu cara untuk menyatukan negara-negara yang secara geografinya berada di Eropah dan berkongsi nilai-nilai bersama kita,” ujarnya.

Kenyataan Macron itu dikeluarkan selepas Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen mengumumkan bahawa eksekutif EU akan mengeluarkan pendapat awalnya berkaitan bidaan Ukraine untuk keahlian pada Jun ini.

Ukraine telah memulakan proses untuk memohon sebagai ahli EU pada Februari lalu, empat hari selepas pencerobohan Rusia.

Pegawai Kiev kelmarin mengesahkan bahawa negara itu telah menghantar bahagian kedua bagi permohonan keahlian EU kepada Brussels.

Kebiasaannya, sesebuah negara akan mengambil masa selama bertahun-tahun dalam rundingan keahlian pakatan itu, di mana calon-calon perlu membuktikan bahawa ia memenuhi semua kriteria yang telah ditetapkan, daripada demokrasi dan kedaulatan undang-undang kepada ekonomi yang kukuh. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... asa-berpuluh-tahun/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2022 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Brexit tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 12:49 PM | Show all posts
Sama seperti spain dahulu  erpuluh tahun.

Sukar nak ubah sikap warganegara tetapi akhirnya diterima.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok bidio Angie g Kiev
Helok aje rakyatnya mengopi kat cafe
Bebudak santai kat khalayak awam

Itupun ada orang kita sibuk stand with bagai
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 05:08 PM | Show all posts
Ukraine kalau nak join EU tu boleh lah hadam tapi ummah Malaya yang pakai number plate kereta bingkai EU beli kat Giant tu apa motif eh?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.043750 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list