CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 270|Reply: 0

[Tempatan] Subsidi buat 2,255 penternak ayam

[Copy link]
Post time 12-5-2022 11:14 AM | Show all posts |Read mode
Subsidi buat 2,255 penternak ayam

MAFI komited memastikan industri ayam dan telur kekal mampan dengan bantuan subsidi kepada penternak.

Rembau: Seramai 2,255 penternak ayam di negara ini tidak harus melepaskan peluang memohon subsidi kerajaan membabitkan peruntukan sebanyak RM528.52 juta .

Ketika ini Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sudah mempermudahkan prosedur permohonan di peringkat negeri dan ibu pejabat bagi mempercepatkan pembayaran subsidi kepada penternak ayam.

Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, prosedur permohonan dan semakan yang dilaksanakan di tiga peringkat sebelum ini iaitu daerah, negeri dan ibu pejabat dikurangkan kepada satu peringkat sahaja iaitu di peringkat negeri.

Menurutnya, hanya kelulusan bayaran dilakukan di peringkat ibu pejabat.

Katanya, bayaran subsidi yang diluluskan dikreditkan ke dalam akaun penternak yang berjaya dalam masa tiga hari sahaja.

"MAFI komited untuk memastikan pemberian subsidi ini dilaksanakan dengan kadar segera dengan mematuhi syarat-syarat ditetapkan agar dapat memberi manfaat kepada penternak," katanya dalam satu kenyataan selepas melawat kilang pemprosesan ayam di sini, semalam.

Lawatan itu bertujuan bagi melihat kelangsungan operasi di kilang-kilang ayam bagi memastikan pemprosesan dan pembungkusan ayam berjalan lancar untuk memenuhi keperluan tempatan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar (Pembangunan) Mazlan Othman dan Setiausaha Bahagian Sekuriti Makanan, Dr Suratan Kamarudin.

Dr Ronald berkata, penternak hanya perlu mengemukakan borang permohonan dan dokumen sokongan.

Beliau berkata, dokumen diperlukan adalah invois jualan, pesanan penghantaran (Delivery Order) pembelian anak ayam dan salinan perjanjian kontrak antara integrator dan penternak kontrak (sekiranya berkaitan), bagi menuntut subsidi.

Katanya, borang permohonan subsidi boleh diperolehi dari laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar, www.dvs.gov.my.

"MAFI terus komited memastikan industri ayam dan telur kekal mampan dan kembali beroperasi dalam skala penuh khususnya dengan pemberian subsidi oleh kerajaan untuk pengeluaran bermula 5 Februari 2022 hingga 5 Jun 2022 ini.

"Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) adalah bagi meringankan beban penternak sekali gus memastikan bekalan ayam dan telur dalam pasaran sentiasa mencukupi pada harga stabil dan berpatutan," katanya.

Menurut Dr Ronald, sebanyak RM528.52 juta disediakan kerajaan untuk pemberian subsidi kepada penternak ayam dengan kadar pemberian subsidi setakat ini adalah sebanyak RM0.60/kg bagi ayam pedaging dan RM0.05/biji bagi telur semua kategori.

Katanya, ia membabitkan penternak persendirian, penternak integrator / semi-integrator dan juga penternak kontrak dengan anggaran seramai 2,255 orang penternak menikmati subsidi berkenaan.

"Pemberian subsidi kepada penternak ayam ini adalah intervensi sementara dalam menangani kos pengeluaran yang meningkat dan pada masa sama untuk menjamin bekalan ayam kekal stabil serta memastikan rakyat dapat menikmati harga ayam dan telur yang berpatutan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 2255-penternak-ayam

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.029267 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list