CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 301|Reply: 0

[Tempatan] Banjir Janda Baik: Keluarga terjejas dapat RM1,000

[Copy link]
Post time 12-5-2022 05:10 PM | Show all posts |Read mode

Antara kawasan yang terjejas di Janda Baik akibat kejadian kepala air hari ini.

Banjir Janda Baik: Keluarga terjejas dapat RM1,000

PUTRAJAYA – Kerajaan akan memberikan bantuan kecemasan sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga yang terlibat dengan kejadian kepala air di Janda Baik, Bentong, Pahang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi hantaran di Facebook berkata, bantuan itu akan disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali kepada keluarga mangsa.

“Rasa simpati terhadap Keluarga Malaysia yang terlibat dalam tanah runtuh disebabkan kejadian kepala air di Janda Baik, Bentong, Pahang.

“Kerajaan akan memberi bantuan kecemasan sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga bagi meringankan beban akibat kerosakan peralatan rumah.

“Bantuan itu akan disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Zuki Ali bersama-sama Setiausaha Politik saya semasa mereka melawat mangsa nanti,” katanya hari ini.

Menurut Ismail Sabri, beliau difahamkan bahawa kejadian berlaku akibat hujan lebat pada awal pagi hari ini di kawasan hulu iaitu kawasan gunung Nuang, mengakibatkan fenomena kepala air.

Katanya, penduduk terbabit dalam keadaan selamat dan ramai yang sudah pulang untuk mengemas rumah.

“Saya menasihatkan agar penduduk di sekitar itu sentiasa berhati-hati kerana walaupun keadaan air sungai sudah kembali surut namun ia masih agak deras dan keruh.

“Terima kasih kepada agensi penyelamat yang menghulur tenaga membantu mangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... -keluarga-terjejas/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.038768 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list