CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 534|Reply: 8

[Tempatan] 'Kaki Ronggeng' perlu tujuk ujian pantas Covid-19 sebelum masuk disko

[Copy link]
Post time 12-5-2022 08:14 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Pelanggan pub dan kelab malam berlesen perlu menjalani ujian pantas antigen (RTK-Ag) COVID-19 kendiri dalam tempoh 24 jam sebelum memasuki premis bermula 15 Mei ini.

Jika pelanggan tidak menjalani ujian berkenaan, pihak premis boleh menjalankan ujian RTK-Ag kendiri ke atas pelanggan dan perlu memastikan keputusan ujian COVID-19 pelanggan adalah terkini dan berstatus negatif.

Ia antara garis panduan yang disenaraikan di bawah Protokol Operasi Pub dan Kelab Malam Berlesen berkuat kuasa Sabtu ini (14 Mei), yang dikeluarkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

KPKT dalam kenyataan hari ini memaklumkan protokol berkenaan telah dimuat naik di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN)

https://asset.mkn.gov.my/web/wp- ... sa-14-Mei-2022.pdf.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebelum ini dilaporkan berkata senarai negatif di bawah prosedur operasi standard (SOP) MKN akan digugurkan mulai 15 Mei ini dan kelab malam merupakan satu-satunya perniagaan di bawah senarai negatif yang dihentikan operasinya sejak permulaan pandemik pada Mac 2020.

Menurut KPKT, protokol pengoperasian pub dan kelab malam berlesen dikeluarkan sebagai rujukan kepada semua pemain industri berkaitan setelah mendapat pandangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Protokol tersebut mengambil kira faktor risiko penularan jangkitan COVID-19 yang tinggi di pub dan kelab malam memandangkan premis berkenaan adalah ruang tertutup dengan ventilasi yang tidak mencukupi, penjarakan fizikal yang sukar dipatuhi dan tidak dapat mengamalkan pemakaian pelitup muka sepenuhnya.

Mengikut protokol itu, pelanggan perlu sentiasa memakai pelitup muka semasa berada dalam premis kecuali semasa aktiviti makan, minum dan menari.

Kapasiti premis yang dibenarkan adalah 100 peratus termasuk ruang tari, manakala waktu operasi adalah mengikut syarat lesen dan permit pihak berkuasa tempatan.

"KPKT menyeru semua pemain industri pub dan kelab malam berlesen dapat mematuhi perkara penting yang telah digariskan dalam protokol tersebut bagi mengekang penularan kes positif COVID-19 dalam fasa transisi ke fasa endemik ini," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pelanggan-pub-kelab-malam-perlu-jalani-ujian-rtkag-sebelum-dibenar-masuk-361052

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2022 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaki ronggeng
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Wrong gang tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kiah Ronggeng tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Camna korang nak execute tu? Akak senyum sinis.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kakikuDibibirmu at 12-5-2022 09:55 PM

Kelabul malami tersenyum sinis



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2022 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Minum alkohol segala mak nenek virus dalam kerongkong mati
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 10:07 PM | Show all posts
joyah oooi ronggeng tu tak sama dengan disko
disko tu macam orang mabuk ketum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2022 01:32 AM | Show all posts
kes skrg naik sbb kaki kaki clubbing la ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.044629 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list