View: 1030|Reply: 10
|
Paderi Dikecam, Lamar Teman Wanita Semasa Majlis Pengebumian Bapa
[Copy link]
|
|
CAPE TOWN – Seorang paderi di Afrika Selatan menerima kecaman ramai apabila melamar kekasihnya pada acara pengebumian bapa wanita berkenaan, lapor akhbar Metro UK.
Video lamaran itu telah dimuat naik pada akaun TikTok bernama @M.Mojela.
Rakaman menunjukkan situasi di sebuah acara pengebumian sedang diadakan, dengan ahli keluarga si mati duduk di hadapan keranda berisi mayat.
Foto: Tiktok
Lelaki itu kemudian dilihat membuat lamaran dengan berlutut di hadapan wanita itu yang sedang menitiskan air mata. Lamaran tersebut sedikit terganggu oleh bunyi daripada mikrofon yang dipegang lelaki berkenaan.
“Melamar anak si mati di pengebumian. Mengesat air mata untuk kedua-duanya,’’ demikian menurut keterangan pada video berkenaan.
Seorang daripada tetamu yang hadir menjerit tanda bersetuju kerana terkejut selepas menyedari wanita itu dilamar.
Video itu bagaimanapun menerima banyak reaksi negatif dengan ramai yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak sopan untuk dilakukan.
“Tidak (melamar) ketika majlis pengebumian. Saya akan berkata tidak. Beri peluang saya menghormati orang yang saya sayangi,” kata seorang netizen.
Usaha paderi itu bagaimanapun berhasil apabila teman wanitanya menyarungkan cincin yang dihulurkan. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
tak nyempat nyempat. apekeheinya |
|
|
|
|
|
|
|
kena dengar dari dua2 pihak
|
|
|
|
|
|
|
|
Ala2 nak tunjuk kt si mati la see your dotter got my shoulder to cry on after your passing gicheww |
|
|
|
|
|
|
|
Macam tak ada hari lain boleh buat time tu jugak naknya |
|
|
|
|
|
|
|
Dia takut orang lain overtake ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Ada bagus juga sebenarnya, kerana walaupun dia kehilangan orang tersayang #1 tetapi dalam masa yang sama tetiba rupanya ada orang yang menyangi dia! |
|
|
|
|
|
|
|
Kat sana ada astro x?
Selalu astro je yg suka buat gini
Ada program live apa2, tiberrr ada plak yg nak nyarung cincin |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 13-5-2022 06:54 PM
Ada bagus juga sebenarnya, kerana walaupun dia kehilangan orang tersayang #1 tetapi dalam masa yang ...
Hahahahah tah2 sebelum ni bapak nya halang depaz…tu yg terus lamar lepas bapak nya meninggal |
|
|
|
|
|
|
|
Saudara mara deraman blekpar ke? Tgk sipi2 mcm ada iras.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini musti semasa hidup bapak pompuan
tu reject paderi sebab dah tahu pangai paderi
ramai yg suka menyontot budak kecik.
Bapaknya baru meninggal, belom kebumi lagi tak nyempat2 nak melamar.
Dasar paderi kapla bawah berbungkos kemas takleh kontrol mencanak2 tak sabar pantang nengok pompuan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|