CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4425|Reply: 75

Bagusnya Pekerja Gomen Ni, Tak Pernah Ambil Cuti Sakit Selama 36 Tahun Kerja

[Copy link]
Post time 13-5-2022 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Sepanjang 36 tahun bekerja, seorang penjawat awam tidak pernah mengambil cuti sakit kerana komitmen dan tanggungjawab kepada tugas.


Pengarah Khidmat Pengurusan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Mohd Fakri Mohamad Noor, 59, berkata, walaupun sakit termasuk demam, dia tetap tidak mengambil cuti sakit walaupun ditawarkan oleh pegawai perubatan yang merawatnya.


Katanya, dia lebih rela mengambil cuti rehat tahunan kerana keazamannya yang tidak mahu mengambil cuti sakit sejak awal bekerja lagi.


Foto: Harian Metro






"Sebaik bermula kerja pada 1986, saya bertekad mahu bekerja bersungguh-sungguh dan memberi komitmen sepenuhnya serta tidak mahu mengambil cuti sakit.


"Alhamdulillah, saya dapat menunaikan apa yang saya janji dan hasilnya saya sudah empat kali menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) iaitu pada 1996, 2012, 2015 dan 2021, serta pada masa yang sama turut mendapat Sijil Perkhidmatan Cemerlang pada 2014.


"Saya bersyukur kerana terpilih menerima APC dan sudah beberapa kali dinaikkan pangkat walaupun pada awalnya saya bermula dengan Gred 17," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat LKTN di sini.





Terdahulu, seramai 24 kakitangan LKTN termasuk pegawai menerima APC 2021 yang disampaikan oleh Pengerusinya, Ab Aziz Ab Kadir.


Bapa kepada enam anak itu berkata, dia bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik hingga membolehkannya menjalankan tugas yang diberi dengan penuh tanggungjawab.


Katanya, dia juga bernasib baik kerana isteri, Nur Shelyzawati Hassan, 42, yang juga kakitangan LKTN sentiasa memberi sokongan untuknya terus maju dalam kerjaya dan pada masa yang sama banyak berkorban untuk menjaga anak-anak jika mereka sakit.


"Jika saya atau anak-anak sakit, saya akan mengambil cuti rehat tahunan yang diberi. Saya mahu menjadi contoh yang baik kepada rakan sekerja.


"Ikhlas dalam bekerja juga dapat memastikan seseorang itu dapat meneruskan memikul tanggungjawab dengan baik dan sempurna," katanya.-CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2022 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Kire covid pn dia xsakit sgt..dh cm cite unbreakable Bruce Willis tu...tk amik cuti sakit..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon @Acikgomen beri sepatah dua kata
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 11:16 AM | Show all posts
ohhh tak amik MC tapi amik AL..kira cuti jugak la bang... ingatkan sakit2 pun hadir bertugas... meols sayang AL...nk pakai time bercuti atau hal personal...kalau sakit guna je la MC apa nak rasa bersalahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 11:27 AM | Show all posts
bagi sesiapa yg pernah kerja kilang Jepun di Malaysia
memang ada reward kalau yg tak pernah ambik MC

MC ni kalau klinik kerajaan
kalau doktor tgk ko boleh gi kerja dan boleh buat kerja spt biasa
memang jgn harap dia bagi MC

berbanding dgn private
sikit2 doktor yg tanya awak nak MC?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 11:31 AM | Show all posts
R2D2 replied at 13-5-2022 11:27 AM
bagi sesiapa yg pernah kerja kilang Jepun di Malaysia
memang ada reward kalau yg tak pernah ambik MC ...

ya betul...

kenkadang udah melepek pun jgn mimpi dia bg 2 hari.. sehari tu pun cukup baik dah tu

pasal tu kalau ada yg dpt mc dr hospital kerajaan (tanpa sakit kritikal) lebih 2-3 hari biasanya HR akan check.. takut pakai kabel ambik mc.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2022 11:33 AM | Show all posts
company iols penah buat 1 tahun aje
sapa tak mc tak el amik AL pon ikut masa ditetapkan dpt rewards

end up 3 org dpt RM1500.00
the next day lepas dah cukup 365 hari tu masing2 mc lepas gian.. hhahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 11:33 AM | Show all posts
Klo keje HR dept. memang slalu hadap MC staff yg palsu. Baik MC gomen atau private. Tau je dorang ni tempat dapatkan MC tipu ni. Aku tau sbb aku siap call semua klinik2. Kebanyakan nama doc/pesakit tak wujud pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2022 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 13-5-2022 11:27 AM
bagi sesiapa yg pernah kerja kilang Jepun di Malaysia
memang ada reward kalau yg tak pernah ambik MC ...

kilang iols dulu buat acara tahunan, pernah la merasa dpt award tu. tak sedar setahun kerja x pernah mc rupanya. jaman dulu kilang kaya raya reward bkn calang2

tp masuk gomen pun i jrg MC, AL&EL je la sbb anak sakit.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah Encik Fakri.

Iols pernah beli anak kenaf dan sempat berbunga. Tapi sayangnya dah mati. Rasa nak beli yg lain pula.

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Waktu keja banking dlu ada kelig ni xdak sapa tau dia sakit smpai dia mninggal. Rupanya ada cancer & dia xpernah mc wpun lepas kimo treatment. Masuk keja mcm besa  Dh mati br tau dia sakit cancer.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 11:52 AM | Show all posts
kalu tak sakit watpe nk mc..aku paling takut bab nipu sakit baik anak sakit utk dpt cuti atau diri sdri. tak sakit manjang maka mc pun jarang. kalu sakit mmng teruk mcm last year kena jangkitan kuman apabenda tah sampi demam teruk tupon aku redah je kemana2 dgn badan panas dan terhoyong hayang sebab kena bawak anak yg sakit pgi clinik nasib belakang umah je. haha..pastu aku gi buat facial dalam demam. demam pun malass nk layan terus pergi jauh meninggalkan ku.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 11:55 AM | Show all posts
eh mak2 kalu mc bole melepek atas katil je ke? makan minum semua dihidang
mimpi la..masa demam tu lah budak2 buat perangai seigt aku masa budak2 kecik dulu. aiiii nk demam pun tak lalulah
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 12:02 PM | Show all posts
cikatilia replied at 13-5-2022 11:33 AM
company iols penah buat 1 tahun aje
sapa tak mc tak el amik AL pon ikut masa ditetapkan dpt rewards ...

banyak tuu sorang rm1500..kilang iollss kje ni bagi rm200 je..bek la amik mc lagi berbaloi

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 12:11 PM | Show all posts
dia lebih rela mengambil cuti rehat tahunan kerana keazamannya yang tidak mahu mengambil cuti sakit sejak awal bekerja lagi.
cancel lah nak kagum
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa zaman kerja pernah buat rekod lebih 5 tahun straight tanpa mc.. 2015 - 2019... 2014 amik sekali sbb food poisoning..

2020 terpaksa amik 2 kali 1 sbb demam, 1 lg eksiden cedera ringan.. lps pi check up doktor bagi mc..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2022 12:22 PM | Show all posts
gomen cuti tahunan 300 hari boleh la layan amik leave..
cuba macam some private cuti tahunan 10 - 14 days..
kira la kau betapa kedekutnya nak guna annual leave sebaiknya tu
anyway, mc tu hak pekerja..
kau rasa tak sihat, amik je mc..
kau beria tak nak cuti sakit sebab nak tunjuk cemerlang, ujung-ujung kau mati kau depress, company tendang kau macam tu je (melainkan kau kerja gomen hisap dadah pun disimpan)..
every employee are replaceable..
so jadilah seorang yang bijak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi cikgu wei apa nk heran..depa cuti rehat yg boleh apply maybe sikit saja, tp cuti penggal sekolah setiap tahun paling koman campur2 ada laa 2 bulan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Setakat APC ni aku tak heran kalau kerja gomen. Banyak tempat guna cara pengiliran bukan sapa cemerlang. Patut tukar nama kepada Anugerah Penggiliran Pekerja
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 13-5-2022 12:22 PM
gomen cuti tahunan 300 hari boleh la layan amik leave..
cuba macam some private cuti tahunan 10 - 14 ...

Melampau tau chuols tuduh AL sampai 300hari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.090674 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list