Seperti yang diketahui ramai siri kartun popular The Simpsons sering mencuri tumpuan dengan ramalan tentang beberapa kejadian di seluruh dunia yang akhir menjadi kenyataan.
Salah satu episod yang disiarkan pada tahun 2000 turut meramalkan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) dan ia benar-benar berlaku pada tahun 2017.
Di aplikasi TikTok, seorang lelaki dikenali sebagai Joel Ravin memuat naik video sedutan The Simpsons yang meramalkan ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur dilanda gelombang air pasang surut sehingga mengorbankan 120 nyawa.
"Berita tragik malam ini, 120 orang mati dalam gelombang pasang di Kuala Lala... Peer... Kualala... Oar... Ya saya tahu siaran dah mula. Tapi saya tak peduli.
"Saya tak baca berita itu sehingga saya dapat roti Danish saya. Pergilah cuba cari pengganti," ujar watak pembaca berita lelaki itu.
Kemudiannya muncul satu lagi watak yang memakai kostum lebah mengambil alih tempat lelaki tersebut dan terus membaca skrip berita berkenaan.
"Gelombang pasang yang kuat di Kuala Lumpur membunuh 120 orang," demikian menurut skrip berita tersebut.
Video pendek yang dikongsi Joel Ravin sehingga kini meraih lebih 700,000 tontonan dan dihujani lebih 1,000 komen netizen.
Namun, sebilangan netizen meragui ramalan gelombang pasang surut itu kerana kedudukan Kuala Lumpur jauh jauh dari pantai dan laut.
"Rancanglah macam mana pun... kalau Allah kata tidak, semua tak akan berlaku.
"Tak semestinya tidal wave. Kemungkinan kemarau atau banjir. Tanda-tanda dah datang, banyakkan beramal.
"Tidal wave? Kat KL? Air pasang besar celah mana kat KL?
"KL tiada pantai. Takkan kat area Pantai Dalam?
"Tu bukan ramalan tapi mereka dah rancang," tulis beberapa netizen.
Untuk rekod, siri sitkom Amerika yang diterbitkan syarikat penerbitan Fox itu mula ditayangkan pada tahun 1989. -CARI
While reviewing his script for the evening news, Kent Brockman discovers he cannot pronounce the city's name, so he crosses it out and replaces it with "France". Later, after Bart steals his Danish, Brockman refuses to read the news, so Bumblebee Man takes his place and starts talking about how a tidal wave had hit Kuala Lumpur and killed 120 people.
Tom Brokaw congratulates Chloe Talbot on a report she did about Kuala Lumpur, saying that it was "truly hard-hitting."
Post time 13-5-2022 03:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Epsd ni baru lg ke atau dah lama. Kalau baru lg banjir besar ritu lah kot ramai yg meninggal kan kalah banjir tahun 71 dulu. Btw, pantai dlm still pantai dlm yg bangsar south tu area kerinchi atas bukit sana kat dgn pantai hillpark. Banjir tahun lepas area kg pasir yg teruk pantai dalam banjir sekejap je paras buku lali nasib area situ sg klang tak melimpah
Beribear: Epsd ni baru lg ke atau dah lama. Kalau baru lg banjir besar ritu lah kot ramai yg meninggal kan kalah banjir tahun 71 dulu. Btw, pantai dlm still pan ...
u tengok ni dalam SEAL Team.. petik nama Malaysia.
di katanya 36 warga U.S "killed" di sebuah resort di malaysia
Oklah nak share tv series di HBO, Station Eleven. Ada babak main character ni berada di hotel di Malaysia dan dia cuba lari sewaktu pandemik melanda Malaysia pada 2020. Watak pekerja hotel tu cakap chinese. Drama ni berdasarkan novel tahun 2014. Aku tak tengok habis sebab bosan nak mampus. Katanya finale pun ada scene kuarantin dalam bilik hotel di Malaysia.Whatever..