Ini terlalu bagus pula
Cuba Bayar Tol Guna Kad Touch ‘n Go, Tindakan Motosikal Ini Undang Persoalan Orang Ramai[color=var(--body-font-color)][size=1em]admin2
[color=rgba(0, 0, 0, 0.65)][size=0.75em]
Ramai pengguna plaza tol kurang senang apabila ternampak ada penunggang motosikal dihadapan yang akan menggunakan mana-mana lorong kerana takut kebarangkalian mereka terpaksa bayar tol sebanyak dua kali atau berlakunya ‘kemalangan kecil’ antara kereta dengan palang tol. Baru-baru ini seorang pengguna plaza tol merakam aksi sebuah motosikal menggunakan lorong paling kiri sekali dan pemboncengnya itu dilihat berusaha mahu membayar menggunakan kad Touch ‘n Go. Tindakan pembonceng motosikal itu membuatkan penjaga pondok tol terpinga-pinga apabila melihat situasi tersebut dan dia meminta motosikal tersebut untuk lalu sahaja di laluan antara kon jalan dan palang tol. Hantaran video TikTok itu telah mendapat lebih 1 juta tontonan dan pelbagai reaksi penonton. Ada yang rasa geli hati dengan tindakan motosikal itu, pada masa sama ada yang tumpang simpati kerana mungkin itu pengalaman pertama mereka menaiki motosikal di jalan raya yang ada plaza tol
|