CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2576|Reply: 43

[Dunia] Pengeluar gandum kedua terbesar didunia,India larang eksport gandum kuat kuasa serta-merta

[Copy link]
Post time 14-5-2022 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


MUMBAI: India melarang eksport gandum berkuat kuasa serta-merta, hari ini, ketika gelombang haba akibat cuaca panas terik menjejaskan hasil tanaman dan harga tempatan mencecah rekod paras tertinggi.

Bagaimanapun, Kerajaan India menjelaskan, pihaknya masih membenarkan eksport membabitkan surat kredit sudah dikeluarkan serta atas permintaan negara yang berusaha memenuhi keperluan keselamatan makanan mereka.

Pembeli global mengharapkan negara pengeluar gandum kedua besar di dunia ini untuk bekalan gandum, selepas eksport dari wilayah Laut Hitam merudum susulan krisis pencerobohan Russia terhadap Ukraine.

Sebelum penguatkuasaan larangan itu, India menyasarkan untuk mencatat rekod eksport 10 juta tan gandum, tahun ini.

Larangan eksport oleh India itu boleh mengakibatkan harga global melonjak ke paras baharu, sekali gus menjejaskan pengguna miskin di Asia dan Afrika.

Peningkatan harga makanan dan tenaga mendorong inflasi runcit tahunan India melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun, April lalu, serta mengukuhkan pandangan ahli ekonomi bahawa Bank Pusat perlu menaikkan kadar faedah secara lebih agresif untuk mengekang harga.

Harga gandum di India meningkat kepada rekod tertinggi, dengan beberapa pasaran mencecah 25,000 rupee (RM1,418) per tan, berbanding harga sokongan minimum ditetapkan kerajaan sebanyak 20,150 rupee (RM1,143). - REUTERS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2022 08:55 PM | Show all posts
Harga tepung bakalan naik pasni. Harga roti mesti lagi mahal lepas ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan tepung sagu dengan tepung ubi lah nampaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan beras gred super tempatan je lah
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat pasarraya terdekat ,sejak puasa dah Tak jumpa tepung gandum.. tuhr buat cekodok pisang pun pakai tepung beras.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg pun akn berganda masalah permintaan makanan dlm global ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2022 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kakikuDibibirmu at 15-5-2022 10:20 AM

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary tersenyum sinis











This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 10:24 AM | Show all posts
habis laa.. naik harga tepung kaa roti ka apa kaa nanti... bekalan gandum dah terjejas dek kerna perang russia - ukraine..

Tapi macai2 politaik kaa puak2 politaik kaa termasok majoriti rakyat malaysia yang bengap.. pasti menyalak salah KERAjaan ke hulu ke hilir... dah laa nafsu makan mcm lembu.. otak pun level lembu.. malas membaca or ambil tahu... penting diri sambil tuding jari ke sana ke sini suruh KERAjaan suap semua...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2022 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa cuti raya tu ada kedai mamak x jual roti canai. Ingatkan supplier doh cuti pjg, ke masalah tpg gandum.
Ni x tahu, dah ada ke x.  
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 10:56 AM | Show all posts
ulamalu replied at 15-5-2022 10:32 AM
Masa cuti raya tu ada kedai mamak x jual roti canai. Ingatkan supplier doh cuti pjg, ke masalah tpg  ...

Itu terputus supply jenis yang beli doh siap dari kilang yang adun sendiri tak ada masaalah bab tu.  Banyak benda lain pun terjejas sebab supplier cuti.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 10:57 AM | Show all posts
Kabarnya negara jiran pun dah stop export sawit.  
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Adakah ke arah kekurangan makanan dunia... datangnya dajjal
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 11:27 AM | Show all posts
mee semua akan naik hargalah mcm ni. biskut, kuih .. wow hampir seluruh makanan guna tepung gandum ....

pertubuhan dunia kalau tak ada plan, cuma dapat monitor tak boleh bantu apa apa.... maka mereka perlu canang dah kurangkan buat anak dah, dunia dah mulai tampak tak mampu untuk tampung makanan orang ramai tanpa sebahagiannya mengalami penderitaan kesusahan dan kebuluran. .. perkembangan ini menunjukkan akan lebih ramai ke arah itu.

walaupun orang kaya masih mampu tersenyum sambil flip rambut.... tetapi bila semakin ramai orang miskin tak dapat makanan maka orang kaya juga akhirnya akan kena rompak oleh orang miskin yang terdesak... dan lama-kelamaan undang-undang juga dah tak mampu untuk stabilkan kerana akan semakin ramai orang miskin terdesak dan terpaksa merompak orang lain terutamanya orang kaya yang lebih berbaloi hasilnya....
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 11:38 AM | Show all posts
Global warming
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja9 replied at 15-5-2022 11:27 AM
mee semua akan naik hargalah mcm ni. biskut, kuih .. wow hampir seluruh makanan guna tepung gandum . ...

Ini kerajaan tak nampak..dorg kalau boleh nk makin ramai rakyat .pdhal krisis makanan dah makin teruk..resource dah makin berkurangan .. dah la negara kita depends byk pd import utk bahan makanan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh pinjam satu gantang gandum, tapi kena bayar balik 2 gantang gandum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2022 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Mula la bercucuk tanam dari sekarang. Takda ruginya. Dulu masa tun paklah nak galakkan budaya/industri pertanian ramai pakai hentam dan gelakkan konon langkah kebelakang. Sekarang dah mula nampak kesan sikit demi sikit. Pihak berkuasa(tak kira dari pihak mana) pun sama bangsat/celaka pergi tukar tanah status pertanian kepada perumahan/perindustrian. Patut utamakan bekalan makanan bukannya perumahan. Ke rumah yg banyak kosong tu nak buat jadi kebun/sawah padi?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 12:10 PM | Show all posts
adm7 replied at 15-5-2022 11:57 AM
Mula la bercucuk tanam dari sekarang. Takda ruginya. Dulu masa tun paklah nak galakkan budaya/indust ...

Betul tu...kita takde menteri/pemimpin yg betul2 serius pasal pertanian mcm kat thailand tu .takboleh ke kita ceduk ilmu diorang?.menteri yg ada bodo2 belaka..akal pendek jwb asal sebut supply demand .....sound good tapi tetap bangang..jgn makan nasi ,jgn makan ayam ,jgn makan itu ini nanti market price turun ahhahah hadoii takat ckp mcm tu budak sekolah pun boleh.
Sawah padi takkan nak harap belah utara je..bape negeri je tanam secara besarbesaran.




Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 12:23 PM | Show all posts
mejaputih replied at 15-5-2022 11:48 AM
Ini kerajaan tak nampak..dorg kalau boleh nk makin ramai rakyat .pdhal krisis makanan dah makin te ...

Harap mereka buka matalah.. tetapi biasanya kita semua dah boleh agak jawapan, jawapan berbentuk politik sebab tak nak selesaikan atau hangat2 tahi sahaja usahanya...bunyi jawapan tipikal mereka "kalau tak ada tepung gandum guna tepung beras"... maka ramailah terangguk-angguk terpukau dengan jawapan bijak menteri, apalagi dalam konteks yang lebih besar spt konteks krisis makanan tak nak mereka highlight selagi kesannya tak sampai kepada mereka
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Roti canai ada ke dak nih? Naik rega jugakk ke?
Bekalan beras mesia byk import ka? Harap2 kerajaan pikiaq la sesuatu.. pi buat negara2 jiran sbg bff..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.184832 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list