CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2026|Reply: 15

[Tempatan] Kantin sekolah ala kafe. Konsep mcm ni netizen spesis toxic komplen

[Copy link]
Post time 15-5-2022 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 15-5-2022 01:07 PM

Kantin ala kafe, jual sambil bersedekah pada murid
Keluarga
Mei 15, 2022 12:45 MYT


MOHD FAHMI: Saya juga tidak pentingkan keuntungan berlebihan kerana bagi saya kepuasan guru dan murid lagi penting. - Foto Keluarga

DEK kerana pandemik COVID-19 dan operasi kantin dihentikan, anak-anak terpaksa membawa bekal atau makan di dalam kelas.
Baru-baru ini, pihak sekolah mengumumkan kantin kembali beroperasi.
Tertarik melihat seorang pengusaha kantin sekolah menjadikan kantin yang diusahakannya ala-ala kafe. Bahkan, menu yang disediakan juga cukup menarik dengan pelbagai pilihan.
  

   
Antara menunya seperti nasi berlauk, hidangan barat (chicken chop, spageti, carbonara), nasi goreng, mee goreng, minuman dan sebagainya.
   
Menurut Mohd Fahmi, kantin SK Taman Seri Wang, Sg Petani ini kantin ke-3 dan sebelum ini pernah mengendalikan kantin di SKM Aman Jaya, Sungai Petani dan Sek Kebangsaan Pauh Jaya, Pulau Pinang.
“Tercetusnya idea ini kerana saya bermula dengan membuka kafe di Puncak Alam, Selangor. Apabila berhijrah ke negeri kelahiran, saya mendapatkan tender untuk menjadi pengusaha kantin.
"Dari situlah saya cuba untuk lakukan dan jayakan sebuah kantin sekolah menjadi ala kafe,” katanya yang mempunyai 12 tahun pengalaman dalam perusahaan ini.

“Kami bermula sewal jam 5.30 pagi dan mempunyai seramai 11 orang pekerja termasuk seorang chef yang kreatif.
“Kebanyakan pekerja saya terdiri daripada ibu tunggal, B10 dan anak yatim. Dari sinilah saya dapat berkongsi rezeki dengan mereka.
"Kita jangan kedekut untuk bayar gaji pekerja. Kerana mereka jugalah kita, pelbagai menu dapat disediakan,” katanya.
   
Mohd Fahmi juga memiliki perniagaan makanan di Jeniang, Kedah iaitu Restoran Nasi Kukus Ayam Cincang dan Mango Shake yang sangat popular di situ.
Bagi memastikan kantin sekolah seperti ini, dia sanggup membuat ‘full renovation’ termasuklah dekorasi bilik makan guru dan tempat makan.
  
  
Lebih membanggakan, segala pengubahsuaian ini menggunakan kos dia sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak.
“Malah, idea untuk membuat pengubahsuaian kantin ini kerana murid sekolah ini ramai dan ia memberi semangat untuk jadikan kantin lebih baik.

"Saya juga tidak pentingkan keuntungan berlebihan kerana bagi saya kepuasan guru dan murid lagi penting,” katanya yang telah berjaya menjadi Johan Kantin Terbaik Kebangsaan pada tahun 2019.
   
Berkenaan dengan harga makanan pun, Mohd Fahmi tidak nafikan turut menerima komen yang mengatakan deko kantin dan harga begini kerana sekolah bandar dan murid-murid pun dari kalangan orang berada.
“Jangan buat perbandingan. Baik sekolah bandar atau kampung, boleh saja buat cara ini. Nak seribu daya.
"Jangan anggap kantin yang kita usahakan itu hanya sekadar untuk cukup makan dan pendapatan yang biasa-biasa saja,” katanya yang mahu ubah dari biasa kepada luar biasa.

sumber: astroawani.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2022 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin gundulaa cikgu ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 15-5-2022 01:25 PM
Makin gundulaa cikgu ni

Ha ah, cikgu2 yang galak tolak produk pada anak murid (aku ngata anak sedara aku la) makin obese la nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambil makan boleh lah ootd.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenasketum replied at 15-5-2022 02:56 PM
Ha ah, cikgu2 yang galak tolak produk pada anak murid (aku ngata anak sedara aku la) makin obese l ...

Masa aku jd cikgu dulu.. pk akademik.. gomok gilee.. tp kalo brckp kita harus jaga mkn.. harus jaga mkn.. dia mkn sikit tp kuat mekantak teh tarik teh ais..aku lantakkan ajooo..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 15-5-2022 03:34 PM
Masa aku jd cikgu dulu.. pk akademik.. gomok gilee.. tp kalo brckp kita harus jaga mkn.. harus jag ...

Tak elok ke teh ais Tu??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2022 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangunan kantin ni memang budget pengusaha sendiri untuk hias/renovate, etc. Jeles kantin ni. Bahagia hati tengok. Sebab tu akak respect pengusaha kantin/makanan yang betul2 komited dan passionate dalam perniagaan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow.. berseleranya bebudak tuh nnt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2022 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 15-5-2022 03:59 PM
Tak elok ke teh ais Tu??

Gulaaaaaa tingggiiiii.... sooo
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg sorg tu pakai mask mcmn die mkn tu
Tiap kali suap tarik bkk ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut semua sekolah mcm ni. Adik iolss selalu complain kantin dia tadi pon dia complain kata nampak lipas kat kantin takde selera dia nak makan. Dah tu makanan tak sedap mahal pulak tu. Baru2 ni dia beli nasi lemak kat sekolah lauk ikan keli, sekali dia nampak ulat sampah kat ikan tu, terus kembang tekak dia. Adikk iolss mintak balik duit boleh org kantin tu suruh dia tukar yg lain, gila ke apa mmg tak lah adik iolss nak yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 04:47 PM | Show all posts
lawanya deco
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah mohd fahmi sedara mara guru besar..yela yg dpt tender kantin ni selalunya ada kaitan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Konpem tender 10taun ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
xdela monyok je student/cikgu2 ke kantin.. kdang trpaksa bli maknan luar sbb xbrbaloi bli kt kantin. teruskan brbisnes.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 09:17 PM | Show all posts
Berkenaan dengan harga makanan pun, Mohd Fahmi tidak nafikan turut menerima komen yang mengatakan deko kantin dan harga begini kerana sekolah bandar dan murid-murid pun dari kalangan orang berada.

Maksudnya memang 'mahal' lah ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.195561 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list