View: 445|Reply: 0
|
Iskandar belum dapat ilham
[Copy link]
|
|
Atlet lompat galah Negara, Iskandar Alwi ketika beraksi pada Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi semalam. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN
HANOI: Atlet lompat bergalah lelaki negara, Iskandar Alwi masih belum mempunyai jawapan muktamad sama ada akan beraksi di Sukan SEA Kemboja tahun depan selepas dia meraih pingat gangsa kali keempat berturut-turut di Hanoi semalam.
Iskandar yang sebelum ini pernah meraih perak di temasya sama pada 2013 di Naypyidaw, belum mempunyai perancangan sama ada untuk membuat penampilan kali keenam.
"Masih belum tahu lagi macam mana (apa yang ingin dilakukan selepas ini). Saya masih belum duduk berbincang dengan jurulatih lagi," kata atlet berusia 28 tahun itu.
Iskandar meraih gangsa buat kali keempat berturut-turut di sini sekali gus mengulangi pencapaian di Singapura (2015), Kuala Lumpur (2017) dan Filipina (2019), selepas melakukan lompatan 4.80 meter (m) di Stadium My Dinh.
Pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 5.31 meter (m) itu tumpas kepada dua atlet Filipina, Ernest John Obiena yang meraih emas dengan melakukan lompatan 5.46m, manakala rakan senegaranya, Hokett Delos Santos melakar catatan 5m.
Sebelum itu, atlet kelahiran Johor itu berkata, dia mengalami sedikit kecederaan di bahagian buku lali namun masalah berkenaan berjaya diatasinya dan berjaya menghadiahkan pingat buat pasukan olahraga negara.
"Tiada masalah (ketika beraksi) cuma saya ada mengalami sedikit kekejangan ketika bertanding," katanya yang pernah beraksi di Sukan Asia Incheon 2014.
https://www.bharian.com.my/sukan ... r-belum-dapat-ilham |
|
|
|
|
|
|
| |
|