CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 694|Reply: 4

[Tempatan] Afifi undur diri daripada gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan

 Close [Copy link]
Post time 15-5-2022 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Afifi Al-Akiti berkata warkah memohon perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah untuk berundur diri itu diutuskan susulan penularan bahan tertentu dalam media sosial bertujuan mencemarkan namanya baru-baru ini. (Gambar Bernama)

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menerima permohonan Afifi Al-Akiti untuk berundur diri daripada menyandang gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan sebagai Orang Besar Delapan Perak.

Setiausaha Dewan Negara Perak Ayop Hashim berkata Afifi telah mengutus warkah hari ini, memohon perkenan Sultan Nazrin untuk berundur diri daripada menyandang gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan dan warkah beliau telah diangkat sembah untuk pertimbangan baginda.

“Baginda menzahirkan penghargaan atas segala khidmat yang diberikan oleh Afifi dalam tempoh menyandang gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan dan berkenan menerima permohonan itu untuk dikuatkuasakan pada 15 Mei (hari ini),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menerusi warkah yang dilampirkan bersama kenyataan itu, Afifi antara lain menyatakan warkah berkenaan diutuskan susulan penularan bahan-bahan tertentu dalam media sosial bertujuan mencemarkan namanya baru-baru ini.

“Saya memilih tidak mahu mengulas atau memberi sebarang jawapan yang boleh mencetuskan berlaku perdebatan berpanjangan yang tidak memberikan sebarang manfaat.

“Bahan-bahan yang ditular juga kelihatan mempersoalkan kesesuaian peranan saya dengan institusi istana dan mempertikaikan peranan saya dengan urusan hal ehwal agama Islam.

“Menginsafi perkara ini jika berlarutan dan tidak dibendung akan menjejaskan darjat kemuliaan Raja Pemerintah dan institusi istana, saya mengutus warkah ini untuk menyampaikan hasrat ikhlas mahu berundur diri daripada menyandang gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan,” menurut Afifi.

Afifi berkata keputusan itu dilakukan atas rasa tanggungjawab dan sifat taat setia seorang rakyat kepada sultannya, demi melindungi darjat kemuliaan Sultan Perak supaya tidak dicacatkan serta bagi mengelakkan institusi istana daripada dicemari.

Baru-baru ini tular klip video memaparkan seorang lelaki yang dikatakan tokoh agama dan penasihat Sultan, sedang berhibur di sebuah kelab malam.

Menteri Besar Perak Saarani Mohamad sebelum ini dilaporkan enggan mengulas lanjut dakwaan mengenai satu video tular di media sosial yang dikatakan membabitkan seorang tokoh agama.

Beliau turut mengakui menonton rakaman video itu, namun tidak dapat memastikan individu tersebut adalah tokoh agama yang dimaksudkan.

Video itu tular selepas dikongsi pengguna media sosial sejak 2 Mei lalu.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2022 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Benang dah ada dek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2022 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 15-5-2022 02:52 PM
Benang dah ada dek

@Xim tolong katup benang ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah.


Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.506617 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list