CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 520|Reply: 0

Wai Kin tutup kempen di Hanoi dengan gangsa

[Copy link]
Post time 15-5-2022 04:21 PM | Show all posts |Read mode
Atlet wushu negara, Yeap Wai Kin meraikan kejayaan memenangi gangsa acara gunshu lelaki sukan wushu pada Sukan SEA ke-31 di Cau Giay Gymnasium, Hanoi hari ini. - Foto BERNAMA

HANOI: Atlet wushu, Yeap Wai Kin menutup kempen Sukan SEA 2021, di sini, hari ini dengan meraih pingat gangsa pada penampilan yang mungkin terakhir untuknya di temasya dwitahunan berkenaan.


Wai Kin menduduki tempat ketiga dalam acara daoshu-gunshu lelaki, yang berlangsung selama dua hari di Gimnasium Cau Giay, dengan markah keseluruhan 19.26 mata. Dia meraih 9.58 mata dalam acara daoshu semalam tetapi bangkit semula dengan 9.68 mata dalam acara gunshu.

Atlet Indonesia, Seraf Naro Siregar meraih emas dengan 19.42 mata manakala Jowen Lim dari Singapura meraih perak dengan 19.38 mata.

Clement Ting yang memenangi emas changquan lelaki pada Jumaat lalu, menduduki tempat kesembilan dengan 9.49 mata. Markah rendah Clement adalah disebabkan oleh kerosakan pada pedangnya ketika disiplin daoshu, kelmarin.


Wai Kin berkata memenangi gangsa adalah detik yang penuh emosi kerana dia sudah merancang untuk bersara.

"Saya tersilap melakukan lompatan dan pendaratan ketika acara daoshu semalam (Sabtu) dan dipotong mata. (Seterusnya) saya berada di tempat kelapan menyertai acara gunshu hari ini dan saya tidak sangka akan mencabar untuk pingat.

"Sasaran saya hanya untuk beraksi sebaik mungkin dan memastikan saya tidak akan menyesal kerana ini mungkin persembahan terakhir saya di Sukan SEA. Saya benar-benar tidak menyangka untuk memenangi gangsa hari ini.

"Jadi untuk menamatkan saingan di podium sudah pasti detik yang penuh emosi buat saya kerana tidak tahu sama ada saya akan beraksi di Sukan SEA akan datang. Saya sudah mula merancang untuk bersara tetapi belum mengesahkan bila akan bersara lagi," kata Wai Kin yang menjadi tonggak utama dalam pasukan negara sejak sedekad lalu.

Wai Kin yang memenangi dua emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 berkata, dia percaya atlet muda negara sudah bersedia untuk mengambil alih tempatnya.

"Ini kali keenam saya beraksi di Sukan SEA. Saya membuat penampilan sulung di Sukan SEA di Laos 2009," kata atlet kelahiran Pulau Pinang itu.
https://www.bharian.com.my/sukan ... hanoi-dengan-gangsa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.041793 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list