View: 1460|Reply: 15
|
[Tempatan]
Honda CRV halang ambulan sebab masalah pendengaran.tapi tak nampak lampu ambulan?
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 15-5-2022 10:23 PM
Polis menahan seorang lelaki yang memandu Honda CR-V kerana disyaki menghalang laluan ambulans di Kilometer 292, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di Kampar, hari ini.
Menurut UTUSAN, kejadian itu yang dirakam video berdurasi 37 saat itu tular selepas dimuat naik pengguna media sosial di laman Facebook semalam yang memaparkan kenderaan utiliti sukan (SUV) itu enggan memberi laluan kepada ambulans hingga memaksa kenderaan berkenaan ‘beralah’ dan beralih ke lorong kiri.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, pemandu dan pemilik SUV itu telah diarahkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar hari ini untuk siasatan lanjut setelah kenderaan terlibat berjaya dikesan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Kampar.
Katanya, hasil siasatan mendapati, pemandu kenderaan berusia 62 tahun itu mengalami masalah pendengaran ‘Tinnitus-Acoustic Neuroma’ sejak tiga tahun lalu.
Lelaki itu juga masih menerima rawatan lanjut daripada pakar berkaitan penyakit berkenaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM).
Siasatan lanjut kes berkenaan sedang dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil ke atas pemandu kenderaan berkenaan.
Menurut beliau, pihaknya akan terus mempertingkatkan operasi dan penguatkuasaan trafik bagi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya di daerah Kampar.
Sumber Utusan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Baik ngaku pekak dan buta....lepas ler nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Takan semua org dalam kereta tu ada masalah pendengaran? |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni lepas langgar org cakap sori, saya buta incik. Semua kad oku keluar |
|
|
|
|
|
|
|
saya ada kad OKU maaaaa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kencing berapi punya alasan |
|
|
|
|
|
|
|
baru turun bukit.. biasa la tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
So tarik balik lesen memandu dengan alasan pekak tak aware sekeliling, next time mungkin lori langgar sampai kemek sebab tak dengar hon |
|
|
|
|
|
|
|
1 dunia tau pemandu plg teruk dari asian specific - china & specific gender - women. Apa la malang malaysia kena duk sekali dgn puak2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 16-5-2022 01:26 AM
1 dunia tau pemandu plg teruk dari asian specific - china & specific gender - women. Apa la malang m ...
Hahahaha todiaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
tak kan nak mengaku salah pulak kan |
|
|
|
|
|
|
|
Bawa kereta memang x tengok cermin sisi dan belakang ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Supersirap replied at 16-5-2022 08:28 AM
Bawa kereta memang x tengok cermin sisi dan belakang ke?
Barang Optional utk jenama H. Sama seperti signal.
Owner tak Beli. |
|
|
|
|
|
|
|
Umor 62 tahun pakej pekak
Tapi bawak kemain berdesup
Ngaku ajelah anak ekau yang bawak kan kan kan
Berapa bayar kasi setel nih? |
|
|
|
|
|
|
|
Bolehlah lesen memandu ditarik balik sebab pekak. Orang hon tak dengar pulak nanti, bahayakan orang lain. |
|
|
|
|
|
|
| |
|