View: 583|Reply: 4
|
[Dunia]
India henti eksport gandum berkuatkuasa serta-merta
[Copy link]
|
|
Larangan eksport juga diambil memandangkan konflik Rusia-Ukraine telah mengganggu bekalan gandum global dan komoditi utama lain. (Gambar FreePik)
NEW DELHI: India menghentikan eksport gandum berkuat kuasa serta-merta dalam usaha untuk meningkatkan keselamatan makanannya.
Ketua Pengarah Perdagangan Luar Negara di bawah Kementerian Perdagangan dalam satu pemberitahuan bertarikh 13 Mei memaklumkan ekoran harga global yang tinggi “disebabkan pelbagai faktor,” keselamatan makanan India berdepan risiko.
Eksport gandum ke negara lain hanya dibenarkan “atas kelulusan Kerajaan India dan berdasarkan permintaan kerajaan mereka.”
Larangan eksport memandangkan konflik Rusia-Ukraine telah mengganggu bekalan gandum global dan komoditi utama lain.
Keadaan itu bertentangan dengan hasrat India untuk meningkatkan eksport gandum tahun ini dengan memanfaatkan situasi bekalan dunia.
Pada Khamis, Kementerian Perdagangan India dalam satu kenyataan menyatakan kerajaan akan menghantar delegasi perdagangan ke Maghribi, Tunisia, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Turki, Algeria dan Lubnan untuk meneroka kemungkinan meningkatkan eksport gandum dari India.
India mengeksport tujuh juta tan metrik gandum bernilai kira-kira USD2 bilion pada tahun kewangan 2021-22 dan separuh daripadanya dibeli oleh Bangladesh.
Laporan media baru-baru ini menyatakan pengeluaran gandum India tahun ini terjejas akibat gelombang haba.
Negara itu juga berdepan peningkatan inflasi makanan berikutan harga komoditi global yang lebih tinggi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah menang piala thomas tu, boleh la on balik export gandum |
|
|
|
|
|
|
|
Harga roti gardenia bakal naik tak? |
|
|
|
|
|
|
|
food chain problem da start, smlm aku dok pikir apalah nak jadi.
walaupun gandum bukan makanan ruji kita tp ia adalah makanan penting utk org2 susah
sbb sifat gandum/roti boleh tahan lama, sesuai utk kem2 pelarian, gelandangan
tak macam beras/nasi,
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahun 70 80 gandum ni orang bagi ayam je makan.
2022 manusia nak makan makanan yang dibuat dari gamdum pun dah tak cukup. |
|
|
|
|
|
|
| |
|