CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 387|Reply: 2

[Tempatan] Malaysia gesa AS selesaikan isu Palestin, konflik perang Russia-Ukraine

[Copy link]
Post time 16-5-2022 08:49 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 15-5-2022 04:52 PM

Malaysia gesa AS selesaikan isu Palestin, konflik perang Russia-Ukraine

ISMAIL Sabri Yaakob disambut orang ramai sebaik tiba di Pangkalan TUDM Subang, Selangor, semalam dari lawatan kerja selama empat hari di Amerika Syarikat. - Agensi


  • Oleh AHMAD FADHLULLAH ADNAN
  • 16 Mei 2022, 7:02 am


PETALING JAYA: Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) secara jujur menggunakan pengaruhnya untuk menyelesaikan isu Palestin yang telah berlarutan selama 74 tahun, selain mewujudkan perdamaian konflik perang Russia-Ukraine.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negara Palestin wujud seperti terkandung dalam resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang persempadanan sebelum perang 1967 dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara.

“Kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin tidak boleh terus berleluasa. Malaysia merupakan satu-satunya negara yang membangkitkan isu Palestin ini secara jelas,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau sebelum itu selamat pulang ke tanah air setelah mengadakan lawatan kerja ke Washington DC bagi menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS.
Dalam sidang kemuncak yang dipengerusikan oleh Presiden AS, Joe Biden, Ismail Sabri telah membangkitkan isu-isu yang menyentuh keselamatan dan dunia.

Selain isu Palestin dan konflik perang Russia-Ukraine, Malaysia turut meminta AS dan negara-negara ASEAN lain bekerjasama mencari penyelesaian isu keselamatan di Myanmar serta Laut China Selatan

Ismail Sabri menegaskan, Malaysia berpendirian konflik yang berlaku bukan sahaja menjejaskan ekonomi dunia, sebaliknya juga mengorbankan rakyat yang tidak berdosa.

“Konflik Russia-Ukraine perlu diselesaikan secara damai dan bukan dengan peperangan kerana peperangan tidak memberi apa-apa kebaikan kepada mana-mana negara, malah membawa penderitaan kepada rakyat yang tidak berdosa.

“Konflik Russia-Ukraine juga memberi kesan ekonomi kepada negara-negara lain di seluruh dunia termasuk Malaysia.
“Malaysia menggesa AS menggunakan pengaruh mereka untuk mewujudkan perdamaian dalam konflik Russia-Ukraine,” katanya.

Menyentuh mengenai isu Laut China Selatan, Ismail Sabri berkata, Malaysia juga berpendirian agar Laut China Selatan kekal sebagai kawasan bebas dari campur tangan kuasa besar dan kekal sebagai kawasan perdagangan bebas.

Ujar beliau, ini kerana Malaysia tidak mahu terdapatnya provokasi kuasa besar di Laut China Selatan.

“Malaysia juga mahu isu Myanmar diselesaikan secara diplomatik dengan pematuhan kepada ‘5 points consensus.’ Malaysia menekankan tentang isu pelarian Myanmar dan mahu bantuan AS mengambil mereka untuk dipindahkan ke negara lain,” jelas beliau.

Selain sidang kemuncak khas, Perdana Menteri turut menghadiri forum perniagaan dan mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil perniagaan dan industri di AS. – UTUSAN






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2022 08:51 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 15-5-2022 05:42 PM


Oleh SENATOR DATUK IDRIS AHMAD

TERASA
hati ini sedang dirobek-robek dengan serakusnya. 15 Mei 1948, merupakan hari penderitaan bagi Palestin dan seluruh umat Islam amnya.

Pada hari tersebut maruah umat islam seluruh dunia diinjak-injak tidak berperi dan masih berterusan sehingga kini.

Hari ini juga sudah 74 tahun tertubuhnya negara haram i****l di tanah air umat Islam yang di rampas dengan kejamnya daripada rakyat Palestin.

Sehingga ke hari ini juga sudah 74 tahun rakyat Palestin menderita dan merana dek kerana kekejaman daripada penjajah i****l Laknatullah.

Hati mana yang tidak sedih dan geram apabila melihat hak umat Islam Palestin dirampas tidak berperi kemanusian. Mereka seolah-olah menjadi warga asing bagi tanah air mereka sendiri.

Theodore Herzl pernah berimpian untuk membina penempatan Yahudi dalam wilayah Turki namun permintaan tersebut ditolak oleh Sultan Abdul Hamid ll.

Bagaimanapun impian tersebut telah menjadi kenyataan sejak tertubuhnya negara haram israel 74 tahun yang lalu di bumi Palestin.

Hari ini juga mereka meraikan hari kemerdekaan bagi negara haram i****l pada 15 Mei setiap tahun, iaitu satu hari selepas perisytiharan penubuhan negara i****l.

Sehingga kini lebih 700,000 saudara kita di Palestin menjadi pelarian di tanah air sendiri dan penindasan demi penindasan terus berlaku sehingga ke hari ini.

Saya menyeru semua rakyat Malaysia khususnya umat Islam untuk sentiasa mendoakan keselamatan dan kemenangan kepada saudara Islam kita di Palestin dan seluruh dunia, sesungguhnya doa adalah senjata yang paling ampuh yang kita miliki.

Saya juga menyeru supaya kita terus bersatu padu untuk menjaga keharmonian dan keamanan yang kita kecapi sekarang ini. – HARAKAHDAILY 15/5/2022
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2022 09:49 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 15-5-2022 05:53 PM


Mengenang 74 tahun Nakbah Palestin dan kita menjadi Muslim yang tololMay 14, 2022
Briged Al Qassam.
Oleh DR RIDUAN MOHAMAD NOR

15 Mei setiap tahun semenjak 1948 adalah tarikh yang menikam hati dan perasaan umat Islam, nakbah Palestin atau pun bencana Palestin yang hilang daripada peta digantikan dengan negara haram Israel. Pengusiran dan pembantaian kepada umat Palestin tidak berhujung, seolah-olah dunia Islam sudah pekak dan tuli terhadap jeritan mangsa penindasan.

Hilang sensitiviti dengan kemuliaan Masjidil Aqsa yang diceroboh zionis atau pun perasaan simpati itu datang seperti biskut chipsmore!. Israel dengan dukungan Amerika Syarikat tidak peduli dengan bantahan dan jerkahan masyarakat antarabangsa, dibantu oleh rejim negara-negara Arab yang pro kepada kuasa adijagat dunia yang juga “polis dunia”, Amerika Syarikat.

15 Mei ini juga menoreh sejarah hitam kepada umat Islam sejagat apabila Ramadan yang mulia baru-baru ini telah dikotori dengan tentera zionis menyerang dan membantai umat Islam yang sedang beribadah di Masjidil Aqsa. Ratusan yang cedera malah angka kematian ini akan terus meningkat jika dunia tidak berbuat sesuatu untuk menghentikan sikap barbarik rejim zionis.

Solidariti terhadap Masjidil Aqsa dan warga Palestin juga semakin menurun dalam kalangan Muslim seluruh dunia. Hanya perarakan bantahan di bumi Turki, menyelar sikap Israel.

Di kebanyakan negara Muslim, darah yang tumpah di Masjidil Aqsa bukan lagi isu penting untuk dibahaskan, malah mulut juga terkunci untuk melantunkan Qunut Nazilah. Sangat kontradik dengan malam sepuluh akhir Ramadan, memburu malam al Qadr.

Gerakan Zionis yang ditubuhkan pada tahun 1897, terus merancang dengan teliti untuk menakluki tanah Palestin. Tanah yang mereka dakwa milik mereka, saat itu dijaga oleh pemerintah Islam, Khilafah Uthmaniah.

Zaman imperialisme Barat, zaman the blue eyes mentality, zaman umat Islam hilang kekuatan politik Islam yang menyaksikan umat Islam yang terpuruk ke belakang turut mempercepatkan kewujudan negara haram Israel di atas tanah Palestin.

Teodor Hezl yang memimpin konspirasi zionis ini meminta Sultan Abdul Hamid (II) untuk melepaskan Palestin dengan tukaran wang, namun Khilafah Uthmaniah yang semenjak pemerintahan Khalifah Uthman Urthugul tetap menjaga setiap inci tanah Palestin.

Gerakan Zionis telah berjaya memperalatkan Britain untuk melakukan peluasan kuasa di Palestin sehingga berlaku perang pada tahun 1917 yang dimenangi oleh tentera British. British menjemput migran Yahudi daripada pelbagai pelosok dunia terutama daripada Eropah selepas daripada Deklarasi Balfour.

Negara haram Israel menjadi duri dalam daging kepada ummat Islam, dengan pengusiran dan pembantaian terhadap ummat Islam Palestin. Nakbah Palestin yang berlaku semenjak Mei 1948 terus berterusan memotret luka kepada umat Islam.

Perang Palestin yang melibatkan mujahidin Ikhwanul Muslimin pada tahun 1940-an dan dengan alasan inilah Ikhwan Muslimin telah diseret ke jeriji penjara pada tahun 1948 oleh penguasa Mesir. Sebelum itu dalam dekad 1930-an, Sheikh Izzudin al Qassam telah berjuang dan akhirnya telah mati syahid dibunuh penjajah British.

Juga seorang ilmuan daripada Alam Melayu yang gencar memperjuangkan isu Palestin, Dr Burhanuddin al Helmi turut ditangkap dan dipenjarakan oleh British. Negara dan pemimpin Arab dikunci mulut dan tangan oleh British melalui Perjanjian Posmourth, terkucil keberanian pemimpin melihat tanah Palestin dijarah oleh musuh Islam.

Malangnya negara-negara Arab dalam dekad 1950-an dan 60-an yang berselimut dengan fahaman Baath (Sosialis Arabism), mereka tidak mempunyai kekuatan untuk menjaga tanah Palestin daripada perampok zionis.

Bahkan dalam Perang Enam Hari atau Perang Arab Israel 1967 menyaksikan tiga buah negara Arab bernuansa Baath telah dipijak maruah dan dihina dengan kekalahan. Mesir telah kehilangan wilayah Sinai, Jordan dirampas Tebing Barat dan Syria kehilangan Bukit Golan yang strategik.

Ketiga negara Arab ini juga telah kehilangan 25,000 anggota tentera yang dibunuh oleh pihak zionis dalam perang yang singkat tempohnya ini. Arab hilang kekuatan dan kemuliaan tanpa Islam.

Namun hikmah kekalahan ini telah memunculkan semangat kebangkitan semula Islam dalam kalangan generasi anak-anak muda berpendidikan di Timur Tengah.
Mesir akhirnya berjaya mengambil kembali Semenanjung Sinai dalam Perang Ramadan 1973, dengan bantuan ulama dan sentimen kebangkitan semula Islam.

Bulan jihad dan kemenangan yang sangat memotivasikan Muslim untuk berjuang. Namun rejim Mesir pasca Perang Ramadan 1973 kembali mengganas dan menangkap aktivis Islam dan menyumbat kembali mereka ke dalam jeriji penjara.

Cahaya kemenangan hanya muncul bersinar dengan perjuangan berteraskan akidah. Di Gaza, munculnya HAMAS pada tahun 1987 yang meletakkan matlamat untuk membebaskan setiap tanah Palestin yang dirampas oleh zionis.

Sheikh Ahmad Yasin telah memimpin gerakan jihad ini sehingga dilihat HAMAS menjadi pembela utama Palestin dan gerakan ini telah membayar harga yang mahal dalam usaha menjulang perjuangan pembebasan Palestin.

Sayap tentera HAMAS, Al Qassam berjaya dalam banyak siri pertempuran dan sehingga kini mengawasi percubaan zionis untuk melumpuhkan Gaza. Mereka tak sewenangnya untuk menyerang Gaza kerana bimbangkan tindak balas daripada al Qassam.

Usaha menyelamatkan al Quds memerlukan usaha yang berterusan, sistematik serta penggarapan seluruh iltizam politik kerajaan umat Islam di seluruh belahan dunia.

Malangnya hari ini, keseriusan untuk menyelamatkan al Quds sangat sederhana malah sangat mengecewakan. Contohnya apabila Erdogan melakukan inisiatif menghimpunkan pimpinan negara OIC di Istanbul pada tahun 2018, sebanyak 23 buah negara tidak menghantar perwakilan.

Lihatlah bagaimana sikap negara Teluk terhadap Qatar pada bulan Jun 2017, negara itu dikucilkan oleh negara Teluk yang lain kerana melindungi pimpinan HAMAS. Lihat juga sikap penguasa Saudi yang sangat menjengkelkan dan sangat mengecewakan umat Islam dalam isu Palestin ini.

Bagi penulis, usaha penyelamatan al Quds mestilah paralel dengan usaha membantu Gaza yang sedang terkepung. Dunia Islam mestilah bangkit mendesak agar kerajaan kudeta Mesir membuka pintu sempadan Rafah bagi memudahkan dunia antarabangsa membantu membangunkan kembali Gaza yang diluluh lantak dengan serangan Zionis.

Perjuangan membebaskan Palestin adalah milik seluruh umat Islam dan merentasi sempadan politik dan kotak kecil negara bangsa. Bangkitlah umat Islam, 74 tahun Nakbah Palestin dan sudah dua tahun mereka merayakan dengan gemilang kesakitan umat Palestin dengan pemindahan ibu negara Israel ke tanah suci umat Islam. Kita adalah manusia yang paling tolol jika rajin beribadah namun melupakan nasib tanah Palestin, kiblat pertama umat Islam ini serta Masjidil Aqsa. – HARAKAHDAILY 14/5/2022




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.374277 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list