View: 544|Reply: 2
|
[Tempatan]
Polis guna 'handphone' disaman
[Copy link]
|
|
Polis guna 'handphone' disaman
TANGKAP layar video tular
Petaling Jaya: Seorang anggota polis disaman kerana menggunakan alat komunikasi ketika memandu di Lebuhraya Persekutuan, di sini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada 9 pagi ketika anggota berkenaan memandu kenderaan Proton Preve dan berlogo.
"Anggota polis yang terbabit sudah dipanggil untuk siasatan dan saman dikeluarkan terhadap pemandu berkenaan mengikut Kaedah 17(A) LN166/59.
"Kejadian berkenaan tidak membabitkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan terhadap salah laku anggota yang melakukan kesalahan ketika bertugas.
Video berdurasi 14 saat itu tular di media sosial hari ini memaparkan anggota polis menggunakan alat komunikasi (telefon pintar) ketika memandu.
Orang ramai meminta tindakan tegas sama seperti orang awam diambil terhadap anggota polis berkenaan kerana melanggar undang-undang jalan raya.
SumbeR:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-handphone-disaman
|
|
|
|
|
|
|
|
Tnjuk la bukti kena saman |
|
|
|
|
|
|
|
Ingt lg masa covid 2020/2021. Polis boleh kluarkan saman kpd sesiapa yg xpki mask. Tp polis dtg klinik aku mask pon xpkai bawak org dalam lokap utk buat swab.
Amek lg rempit jd polis. Phuih |
|
|
|
|
|
|
| |
|