View: 527|Reply: 0
|
Kejayaan di Sukan Sea cetus semangat skuad bina badan
[Copy link]
|
|
SYARUL Azman Mahen beraksi dalam acara athletic physique. -FOTO Bernama
Hanoi: Selepas berjaya mencapai sasaran di Sukan SEA Vietnam 2021, pasukan bina badan negara kini memberi tumpuan kepada dua kejohanan antarabangsa di peringkat Asia dan dunia.
Pasukan bina badan yang menutup tirai saingan di Hanoi dengan satu emas, tiga perak dan empat gangsa dijadual menyertai Kejohanan Asia di Maldives pada Julai ini sebelum Kejohanan Dunia yang bakal dianjurkan di Thailand berkemungkinan pada Oktober.
Dua kejohanan ini tentunya menjadi pentas terbaik buat lima atlet pelapis bina badan negara yang berada dalam skuad Sukan SEA Vietnam sebagai persediaan menjelang edisi seterusnya di Kemboja tahun depan - sekiranya sukan berkenaan dipertandingkan.
"Kita akan menyertai Kejohanan Asia dan Dunia masing-masing pada Julai dan Oktober. Kita ada pelapis di Sukan Sea kali ini.
"Lima atlet pelapis dan lima senior. Jadi dengan persembahan mereka baru-baru ini, nampaknya mereka bertuah kerana baru pertama kali dan mereka meraih pingat.
"Mereka ini akan dilatih dengan baik lagi di Kejohanan Asia kerana di Sukan Sea, mereka belum bertemu lagi pesaing yang lebih hebat lagi seperti dari Iran dan sebagainya. Jadi mereka ini lebih dahsyat daripada yang ada ketika ini.
"Daripada situ, mereka akan dapat lebih pengalaman di peringkat Asia di Maldives dan dunia nanti," kata pengurus pasukan pasukan bina badan negara, Syed Fairus Syed Ali.
Di Hanoi, pasukan bina badan meraih satu emas daripada Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah dalam acara athletic physique.
Perak dimenangi, Azri Asmat Sefri dalam acara 55 kilogram (kg) lelaki; Buda Anchah (70kg) lelaki; Zmarul Al Adam Pulutan Abdullah (75kg) lelaki. Gangsa pula diraih Malvern Abdullah dalam acara 65kg lelaki; Zainal Arif Zainal Arifin (80kg) lelaki; Muhammad Uzair Mat Noor (85kg) lelaki dan Malvern-Shelen Aderina Kok (campuran).
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... at-skuad-bina-badan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|