View: 645|Reply: 4
|
[Tempatan]
Kisah suka duka Cikgu Spiderman
[Copy link]
|
|
Kisah suka duka Cikgu Spiderman
MUHAMAD Tarmizi bersama motosikal digunakan untuk melalui jalan darat yang berdebu. FOTO Ihsan Muhamad Tarmizi Awang@Yaacob
Mukah: Mandi satu baldi sehari dan terjatuh beberapa kali ketika melalui jalan berlubang untuk ke sekolah antara pengalaman tidak dapat dilupakan Muhamad Tarmizi Awang@Yaacob sejak dihantar mengajar di sekolah pedalaman Sarawak, empat tahun lalu.
Bagaimanapun, apa dilalui itu tidak pernah mematahkan semangat Muhamad Tarmizi, 36, sebaliknya dia menganggapnya ia cabaran sebagai seorang pendidik.
Berkongsi kisahnya, Muhamad Tarmizi yang juga guru Pendidikan Islam dan bahasa Arab di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Kut di Daro dekat sini , berkata, menjadi guru adalah cita-citanya sejak kecil dan bersyukur apabila ia menjadi kenyataan selepas enam tahun membuat permohonan.
"Sebelum dihantar ke pedalaman Sarawak, Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI), Bangi, Selangor menjadi tempat pertama saya menimba pengalaman sebagai guru.
"Pada Ogos 2018 bermulalah perjalanan sebagai pendidik di Sarawak apabila mendapat tawaran menjadi guru interim di negeri itu.
"Perasaan saya bercampur baur ketika itu, gembira kerana impian sejak kecil tercapai dan terkejut kerana ditempatkan jauh di sekolah pedalaman iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bruit," katanya kepada Harian Metro.
MUHAMAD Tarmizi bersama anak muridnya. FOTO Ihsan Muhamad Tarmizi Awang@Yaacob
Katanya, ketika mula melapor diri, dia dijemput menaiki bot oleh Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Daro untuk ke sekolah yang mengambil masa tiga jam dengan arus sungai deras.
Setibanya di sekolah, Muhammad Tarmizi disambut oleh kakitangan sekolah yang sangat peramah selain guru dan murid.
"Saya tiada pilihan melainkan menyesuaikan diri dengan persekitaran dan menghadapi pelbagai cabaran, satu daripadanya ketika ingin membeli keperluan di pekan kerana hanya ada dua laluan iaitu darat dan sungai.
"Kebiasaannya, masyarakat setempat menggunakan laluan sungai yang lebih senang dan cepat. Saya menggunakan khidmat bot laju yang memakan masa tiga jam untuk sampai ke pekan Sibu, menyusuri sungai menjadi habitat buaya ganas membuatkan saya lebih berhati-hati.
"Laluan darat juga mencabar saya terpaksa menempuh jalan dipenuhi semak samun yang hanya boleh dilalui sebuah motosikal sahaja dan pernah beberapa kali juga terserempak dengan ular yang menyebabkan saya hampir jatuh namun ia (laluan darat), lebih cepat kira-kira dua jam setengah," katanya yang pernah mengalami batuk teruk kerana hampir setiap minggu melalui jalan darat yang berdebu.
Di sebalik cabaran itu, Muhamad Tarmizi mengakui menyimpan banyak kenangan manis termasuk di luar bilik darjah antaranya kerap menangkap udang galah di sungai bersama orang kampung.
MUHAMAD Tarmizi bot laju. FOTO Ihsan Muhamad Tarmizi Awang@Yaacob
Menurutnya, ketika di SK Kampung Bruit dia bersama beberapa guru lain sentiasa mencari idea untuk memberi pengalaman baru kepada murid pedalaman.
"Kami berusaha membawa murid keluar dari kampung untuk menyertai beberapa pertandingan di Semenanjung dengan harapan mereka dapat merasai suasana dalam kapal terbang dan melihat sendiri kemodenan Kuala Lumpur.
"Kami juga pernah memenangi pingat emas pertandingan inovasi peringkat kebangsaan di Institut Pendidikan Guru kampus Pendidikan Teknik.
"Pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah kami disambut sebagai wira di lapangan terbang Sibu oleh masyarakat kampung dan wakil rakyat selain diraikan oleh persatuan Melanau Sibu dalam majlis hari raya," katanya.
Pada akhir tahun 2019, Muhamad Tarmizi dipindahkan ke SK Kampung Kut Daro yang masih lagi terletak dalam pulau Bruit dan juga sekolah pedalaman.
"Sebaik menjejakkan kaki ke sekolah itu, saya dan guru lain berusaha mengubah suasana sekolah menjadi lebih ceria supaya murid seronok untuk hadir ke sekolah.
"Atas kesungguhan itu, kisah sekolah kami tular di laman sosial yang mana suasana sebelum ini biasa menjadi luar biasa.
"Ia memberi inspirasi kepada guru dan masyarakat yang mana bahagia boleh dicipta walau di mana kita berada.
"Jika diimbas semula, memang banyak kenangan manis di sekolah ini, salah satunya apabila kisah saya sebagai Cikgu Spiderman kerana menyambut murid dengan berpakaian kostum adiwira itu ketika awal pembukaan sekolah tular.
"Saya sangat bersyukur kerana kisah itu beri peluang wajah murid terpapar di muka depan dada akhbar dan televisyen," katanya.
Katanya, kejayaan yang dikecapi adalah atas doa ibu, Mek Meriam Mustapha, 72, dan ayah Awang@Yaacob Dollah, 76 yang menjadi inspirasi dan sanggup menjual tanah bagi membolehkan anaknya pendidikan sempurna.
"Alhamdulillah, tujuh daripada 10 adik beradik termasuk saya menjadi guru sekali gus merealisasikan impian ayah yang dulunya tidak mampu meneruskan impiannya menjadi pendidik kerana faktor kewangan," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... uka-cikgu-spiderman
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya cikgu ni asal dari kelantan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Trigt mod spidey |
|
|
|
|
|
|
|
Bgsla DPT JD inspirasi..JD den maafkan ko dik SBB pakai kostum Spiderman..tp yg acah2 sunting gmbr konon die Spiderman, perasan much..blh BLK leluhur asal ko.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|