View: 508|Reply: 0
|
[Tempatan]
Ribut Petir Dijangka Landa Hampir Seluruh Semenanjung
[Copy link]
|
|
Ribut Petir Dijangka Landa Hampir Seluruh Semenanjung
Amaran ribut petir yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sebentar tadi dijangka melibatkan hampir seluruh Semenanjung.
Dalam masa sama, amaran ribut petir tersebut turut melibatkan beberapa kawasan utama di sekitar Sabah dan juga Sarawak.
Antara negeri yang mungkin terjejas adalah Kedah (Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu (Besut, Hulu Terengganu dan Kemaman) dan Pahang.
Di kawasan tengah dan selatan, pula negeri yang terlibat adalah Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Negeri Sembilan dan Johor (Segamat dan Mersing).
Di Sarawak pula kawasan yang mungkin terjejas adalah Miri (Marudi) dan Limbang. Manakala di Sabah pula adalah kawasan Pedalaman (Sipitang), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Telupid).
Sumber: MET Malaysia
|
|
|
|
|
|
|
| |
|