Video tular memaparkan seorang wanita mendakwa kenderaannya dilanggar sebuah kenderaan polis yang sedang mengiringi VIP di sebuah pusat beli-belah.
PETALING JAYA: Polis akan menyiasat kemalangan membabitkan kenderaan orang awam dengan kenderaan polis yang sedang mengiringi orang kenamaan (VIP).
Kejadian berlaku pada Sabtu, kira-kira 11 malam di depan sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Sarifudin Mohd Salleh, berkata kedua-dua pemandu kenderaan terbabit sudah tampil membuat laporan.
“Siasatan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan. Kita meminta kerjasama saksi yang melihat kejadian itu supaya hadir ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat juga boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03 20719999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03 20260267/69 atau balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, satu video berdurasi satu minit 47 saat di TikTok memaparkan seorang wanita mendakwa kenderaannya dilanggar sebuah kenderaan polis yang sedang mengiringi VIP di sebuah pusat beli-belah tular di media sosial sejak semalam.
kalau i, awal-awal dah dengar siren, memang kalut and akan ketepi..
dah tau diri mentimun, buat cara mentimun..
orang suruh ketepi, ketepi je la..
kau tunjuk degil, selayaknya la kena sagat..