CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 532|Reply: 0

Pejabat Pos Paling Sunyi Di Dunia

[Copy link]
Post time 17-5-2022 11:44 AM | Show all posts |Read mode
Jauh di pedalaman kawasan Gurun Tengger di Inner Mongolia, terdapat sebuah pejabat pos paling sunyi di dunia, yang jauh dari dunia luar.


Berkeluasan 15 meter persegi, pejabat pos diperbuat daripada kayu di Gurun Tengger itu menjadi sesuatu yang menarik perhatian, walaupun tidak mempunyai pelanggan.


Walaupun terbiar lebih 35 tahun, ia masih dalam keadaan baik.




Pejabat pos ini terletak di tengah gurun. FOTO Agensi





Usaha beberapa individu yang mengetahui kewujudan pejabat pos padang gurun itu secara tidak sengaja, menjadikan kemudahan itu kini agak sibuk.


Walaupun jarang menerima pelawat, lebih 20,000 surat dan poskad dihantar dari Pejabat Pos Gurun itu dan jumlah itu direkodkan pada Disember tahun lalu.


Ini semua atas usaha Zhang, seorang daripada individu yang terbabit dalam 'menghidupkan' semula pejabat pos berkenaan.


Selepas berusaha gigih merealisasikan projek ini, dia menerima hakikat usahanya itu amat sukar.


Ia memandangkan Pejabat Pos Gurun Mongolia terletak 10 kilometer dari jalan terdekat, sekali gus menyebabkan ia kurang dikunjungi orang ramai.


Tetapi dalam era internet, itu bukan halangan yang tidak dapat diatasi.


Zhang dan rakannya, Luo Meng mendapat idea menjalankan perniagaan sebagai penulis siluman (ghostwriter) untuk mereka yang ingin menghantar surat dan poskad dari pejabat pos paling sunyi di dunia, tanpa perlu melawat tempat itu.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.071527 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list