CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 413|Reply: 0

Rachel buat Shu Wai tersenyum

[Copy link]
Post time 17-5-2022 02:53 PM | Show all posts |Read mode

Atlet gimnastik wanita, Rachel Yeoh merangkul pingat emas dalam acara akhir Individu Batang Titian di Sukan SEA 2021 di Quan Ngua Gymnasium, Hanoi semalam. NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

HANOI: Ia satu kelegaan buat jurulatih gimnastik artistik negara, Ng Shu Wai selepas Rachel Yeoh berjaya meraih pingat emas dalam acara batang titian semalam.

Menurut Shu Wai, Rachel bukan saja menghadiahkan satu emas buat pasukan gimnastik artistik malah dua termasuk dalam acara palang bertingkat sebelum ini sekali gus menjadi penutup penuh bermakna semalam.

"Dia membuktikan mampu menggalas tanggungjawab walaupun sebelum ini berdepan dengan kecederaan lutut yang serius," kata Shu Wai di Gimnasium Quan Ngua semalam.

Shu Wai yang pernah beraksi di Sukan Olimpik Athens 2004 mengakui ia satu yang melegakan apabila dapat menunggu kehadiran Rachel selepas kehilangan ratu gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi.


"Sebelum datang sini saya kurang yakin sebenarnya tetapi apa yang ditunjukkan Rachel adalah satu kejutan. Dia pernah cedera kedua-dua lutut dan tidak berlatih selama dua tahun tetapi hari pertama dia turun bersama kami, ia buat saya tersenyum.

"Saya nampak potensi dan kesungguhan dia, jadi saya sudah buat perancangan untuk dia menyerlah dalam pertandingan yang disertai. Secara keseluruhan saya gembira dengan persembahan gimnas negara pada Sukan Sea kali ini," katanya.

Ketika ditanya mengenai perancangan skuad gimnastik artistik selepas ini, Shu Wai menjelaskan bahawa mereka akan berehat sementara sebelum kembali menjalani latihan untuk persiapan ke temasya seterusnya.

"Kita akan berehat dan berlatih semula, perancangan itu ada tapi pertandingan seterusnya belum pasti. Kalau dapat ke Sukan Komanwel atau tidak belum tahu tetapi jika tidak ke sana maka kita dapat berehat.

"Saya mahu fokuskan kepada persediaan Sukan SEA tahun depan dan juga Sukan Asia. Saya nampak Rachel ada potensi untuk memberikan sesuatu di sana (Sukan Asia).

"Dalam kepala saya juga sudah ada beberapa nama gimnas baharu yang akan dilatih untuk persediaan tahun depan tetapi saya perlu bincang dahulu dengan MSN (Majlis Sukan Negara) dan yang lain," jelasnya.

Mengenai sasaran melayakkan gimnas ke Sukan Olimpik Paris 2024, Shu Wai mengakui beliau mempunyai perancangan berkenaan.

"Ada perancangan tetapi kita tunggu dan lihat," jelasnya ringkas yang menyaksikan skuad gimnastik lelaki menyumbang satu perak dan satu gangsa menerusi Tan Fu Jie dalam acara kuda berpelana dan gangsa dimenangi Muhammad Sharul Aimy Kamarul.

Selepas acara gimnastik artistik melabuhkan tirai semalam, tumpuan akan beralih kepada gimrama di gelanggang yang sama esok.
https://www.bharian.com.my/sukan ... t-shu-wai-tersenyum
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47162 Replies : 21
Edisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu Angka
telracsEdisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu An
Views : 11044 Replies : 25
Perang Perdagangan sudah bermula, yehawww!
maklukpenggodaPerang Perdagangan sudah bermula, yehaww
Views : 2209 Replies : 2
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11109 Replies : 278
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 6306 Replies : 4
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257047 Replies : 7118
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48983 Replies : 27
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.034681 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list