View: 409|Reply: 0
|
PESAKA bakal rombak struktur kejurulatihan
[Copy link]
|
|
Atlet silat negara bergambar bersama pingat berjaya dimenangi mereka pada Sukan SEA ke-31 di Gelanggang Silat Pusat Sukan Bac Tu Leim. - BERNAMA
HANOI: Kem silat negara menutup tirai Sukan SEA Vietnam 2021 dengan kekecewaan apabila tidak berjaya memenuhi sasaran tiga pingat emas diletakkan sekali gus bakal menyaksikan satu rombakan bakal dilakukan dalam masa terdekat ini.
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin tidak menolak kemungkinan akan berlaku rombakan dalam struktur kejurulatihan sebaik saja bedah siasat terhadap prestasi pasukan di Hanoi dibuat.
Tentunya kutipan dua emas, tiga perak dan sembilan gangsa daripada 16 acara disertai di Hanoi itu sedikit mencemaskan skuad silat yang bakal 'menyambut' kehadiran peserta antarabangsa menjelang Kejuaraan Pencak Silat Dunia di Melaka dari 21 hingga 29 Julai ini.
"Akan ada perubahan dan sudah siap semuanya," kata Megat merumuskan mengenai prestasi pasukan di Hanoi yang menjadi temasya pertama menggunakan sistem peraturan baharu yang lebih ekstrem dan terbuka itu.
"Jadi akan ada perubahan dan kita akan membuat rombakan yang boleh dikatakan besar juga. Kita memahami yang perkara ini masih baharu terutama daripada sudut peraturan. Jurulatih juga tidak mahir lagi dengan peraturan baharu ini.
"Sebagai contoh, di mana dia boleh melakukan bantahan ataupun sebaliknya. Jadi kita kena lihat semula secara keseluruhan dan buat masa ini, kita tidak mahu menuding jari kepada sesiapa."
Pada penyertaan di Hanoi, emas pertama diraih Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga dalam acara ganda putra sebelum Muhammad Khairi Adib Azhar menewaskan seteru dari Indonesia, Khoirudin Mustakim dalam kelas B lelaki (50-55kg).
Skuad silat Sukan SEA Vietnam 2021 disertai 22 atlet dan daripada jumlah itu, 10 adalah atlet silat olahraga dan bakinya menyertai acara seni.
https://www.bharian.com.my/sukan ... uktur-kejurulatihan |
|
|
|
|
|
|
| |
|