View: 719|Reply: 0
|
Litar di bandar mengujakan - Hamilton
[Copy link]
|
|
London: Lewis Hamilton meminta penganjuran Formula Satu memberi tumpuan kepada trek di kawasan bandar pada masa hadapan kerana dia percaya itu adalah jalan terbaik untuk memastikan sukan itu terus memberi impak besar.
Dengan tujuh litar jalan yang berada dalam kalendar dan kelapan di Las Vegas di tambah tahun depan, trek di kawasan bandar menjadi semakin popular.
Grand Prix terbaru di Miami ialah kemunculan sulung litar jalanan terbaru dan walaupun mengalami beberapa masalah di trek, suasana di luar trek dipuji sebagai satu yang tidak pernah dilihat dalam F1 sebelum ini.
Hamilton melihat perkara itu sebagai satu yang berpotensi untuk pergi lebih jauh dan menggalakkan sukan itu untuk memberi tumpuan kepada trek di bandar pada masa hadapan.
"Saya ini agak ketinggalan zaman," kata Hamilton.
"Jadi sudah tentu saya suka sejarah, terutamanya di litar tertentu tetapi semakin tua semakin saya sedar mengenai orang ramai.
"Kita boleh pergi ke tengah-tengah tempat yang mempunyai sangat sedikit orang, bukan penginapan yang hebat, bukan komuniti yang hebat dan bagi kami sebagai individu yang memandu di trek yang bersejarah dan menyeronokkan dengan sokongan orang ramai.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... mengujakan-hamilton |
|
|
|
|
|
|
| |
|