|
Abdul Hamim Ab Hamid atau dikenali sebagai ‘Long Tiger’ dilepas tanpa dibebaskan mahkamah majistret, hari ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Mahkamah majistret Tangkak, hari ini, melepas namun tidak membebaskan Abdul Hamim Ab Hamid atau dikenali sebagai ‘Long Tiger’, atas pertuduhan pemerasan mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan.
Majistret Zaridah Abdul Jaapar, ketika membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan dan pembelaan membuat hujahan lisan yang panjang lebar berhubung kesan kematian saksi utama pendakwaan, Luqman Hakeem Othman, di tengah-tengah perbicaraan.
Peguam mewakili Hamim, Shaharudin Ali, dalam kenyataannya, berkata pihak pembelaan juga belum melengkapkan pemeriksaan ke atas saksi dinyatakan.
Pada 15 Dis lalu, Hamim meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah, pada 11.55 pagi, sebelum bermula perbicaraan kes mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.
Pada masa sama, Hamim turut berdepan dua perbicaraan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya dan Seksyen 376 kanun sama kerana merogol.
Lelaki Rohingya itu kini sedang menjalani hukuman penjara setahun kerana meloloskan diri dari lokap mahkamah, pertengahan Dis lalu.
|
|