View: 439|Reply: 0
|
Skuad takraw negara kena libas lagi
[Copy link]
|
|
Pemain negara, Muhammad Noaraizat Mohd Nordin melakukan libasan sambil dihadang pemain Thailand Jirasak Pakbuangoen pada aksi final antara regu Sukan SEA Hanoi hari ini. - REUTERS
HANOI: Malaysia gagal untuk melakukan kejutan ketika berdepan Thailand dalam perlawanan akhir antara regu lelaki sebentar tadi di Gimnasium Hoang Mai selepas tumpas 0-2 sekali gus hanya membawa pulang perak kedua dalam acara sepak takraw Sukan SEA Hanoi.
Selepas mara ke aksi separuh akhir dan menumbangkan Filipina 2-0 di peringkat berkenaan Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican, Muhammad Afifudin Razali dan Norfaizul Abd Razak tidak berjaya menghalang Thailand untuk merangkul emas.
Thailand yang pada mulanya membariskan Siriwat Sakha sebagai tekong, bersama Jirasak Pakbuangoen (perejam) dan Pattarapong Yupadee (pengumpan) berjaya memenangi set pertama 18-21.
Malaysia cuba untuk bangkit dengan membawa masuk Muhammad Noraizat Nordin (perejam) untuk menggantikan dengan Afifudin, namun percaturan itu tidak berhasil apabila tumpas 13-21.
Gangsa dalam acara berkenaan diraih secara bersama Filipina dan Indonesia selepas masing-masing terkandas di separuh akhir yang turut dijalankan hari ini.
Sebelum ini dalam acara berpasukan lelaki, Malaysia turut meraih perak selepas menduduki tempat kedua dalam saingan yang dijalankan secara round robin.
Sementara itu pengendali negara, Abd Talib Ahmad berkata, anak buahnya sudah menunjukkan prestasi yang sebenar walaupun masih kempunan untuk meraih emas.
"Kita tengok pada saat akhir penyudah kurang berkesan sehingga membolehkan Thailand mengambil kesempatan berkenaan," katanya selepas perlawanan tamat.
Bagi saingan wanita, Malaysia meraih gangsa dengan emas menjadi milik Thailand dan tuan rumah hanya berpuas hati dengan pingat perak.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ara-kena-libas-lagi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|