Terdahulu, pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap seorang wanita berusia 22 tahun (ketika itu) serta menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud mencabul kehormatannya di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana antara 3 hingga 4 pagi, 17 Oktober 2020.
Syed Shah Iqmal didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum 20 tahun serta sebatan sekiranya sabit kesalahan.
Bagi kes menggunakan kekerasan jenayah pula, pertuduhan berkenaan adalah di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Mengulas perkara tersebut, Syed Amirul berkata pihak pendakwaan masih mempunyai kuasa meneruskan pendakwaan terhadap anak guamnya walaupun pengadu sudah menarik balik laporan polis.