CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2894|Reply: 46

Hidup Susah, Mati Pun Susah! - Reaksi Netizen Isu Iklan Kubur

[Copy link]
Post time 19-5-2022 08:56 AM | Show all posts |Read mode
Tular sekeping foto memaparkan senarai harga 'tempahan kepungan kubur dan set nisan' di Twitter sehingga menjadi perbualan ramai.


Jenis kepungan yang diperbuat daripada marmar (marble) ditawarkan pada harga RM2,700 bagi jenazah dewasa dan RM1,450 bagi jenazah bayi.


Jenis kepungan jubin (tiles) pula berharga RM1,500 untuk jenazah dewasa dan RM900 untuk jenazah bayi.


Jenis terakhir iaitu simen (terazo) pula dibuat pada harga RM1,000 untuk jenazah dewasa dan RM500 bagi jenazah bayi.




Kredit foto: Twitter




Pada papan iklan berkenaan, turut tertera logo Majlis Perbandaran sebuah kawasan dalam Selangor serta nombor telefon dan alamat laman sesawang mereka.


"Dapatkan borang permohonan sekarang," tulis ayat pada papan iklan tersebut.


Untuk rekod, foto berkenaan dikongsi oleh seorang peguam dan aktivis, Azira Aziz menerusi akaun Twitter @ladymissazira.


Di ruangan balas, ramai netizen turut memberikan pendapat mereka berhubung senarai harga berkenaan.


Malah, ada segelintir individu turut berkongsi foto pusara ahli keluarga mereka dihias ringkas hanya dengan batu sungai dan pokok.




Gambar hiasan/Harian Metro




"Arwah ayah, kami guna batu sungai je. Arwah pernah cakap kalau dia meninggal jangan buat kubur dia guna batu nisan. Guna batu sungai. Buat rendah-rendah, jangan buat kerusi untuk orang ziarah duduk. Arwah cakap tak nak kacau hak orang lain.


"Tanah wakaf ni untuk orang ramai. Lepas jenazah tu dah hancur orang lain pula nak guna tanah tu. Nak buat batu nisan pun berpada je la. Kalau tanah sendiri lainlah cerita. Itu pun tak dibenarkan syarak menghias kubur berlebihan.


"Kubur arwah atok hanya letak pokok bunga puding kanan kiri. Kubur pun dah rata disebabkan tadahan air hujan, tanah mendap. Pihak masjid nak buat macam ada nampak kubur sikit, tambun tanah tapi family tak bagi, cukuplah ratakan dan tandakan dengan pokok je. Memadai dah.


"Dah mati pun kos. Hidup susah mati pun susah," tulis beberapa netizen.




Kredit foto: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan




Semakan menerusi laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut menyatakan larangan ke atas perbuatan tersebut.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2022 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahh..dah naik harga...dulu tahun 2018 harga batu nisan + kubur tu RM900...untuk dewasa..ni aku sendiri yg call org buat kubur + batu nisan..sekali pakej pokok bunga hidup...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 09:08 AM | Show all posts
dah jd perniagaan. kesian lagi kaum cina, lagi mahal kos mereka utk dptkan lot kubur.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 09:11 AM | Show all posts
tak payah mati lah kalau gitu.  
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 09:12 AM | Show all posts
letak batu nisan je la utk tanda kubur...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
ummah sendiri yg suka munyusahkan, nak salahkan org lain lak. tanda tu tak penting pon guna ape, cuma utk tau kedudukan kubur jah! ni dah mcm nak memuja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2022 09:32 AM | Show all posts
letak batu nisan je...keliling2 tu beli je batu bata merah....
setel
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 19-5-2022 09:27 AM
ummah sendiri yg suka munyusahkan, nak salahkan org lain lak. tanda tu tak penting pon guna ape, cum ...

Kan...cer tgk perkuburan baqi tu. Rilek je x de batu nisan atau kepungan gah. Lg ramai org2 alim dan sahabat2 nabi di situ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2022 09:45 AM | Show all posts
zorrro_03: tak payah mati lah kalau gitu.


Mati is strictly prohibited
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 09:46 AM | Show all posts
bulalof replied at 19-5-2022 01:08 AM
dah jd perniagaan. kesian lagi kaum cina, lagi mahal kos mereka utk dptkan lot kubur.

Cina suka sebut takde duit jangan mati
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 09:48 AM | Show all posts
Saya akan pesan kat waris cuma letak batu nesan je kat kubur. tak payah buat perhiasan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 10:47 AM | Show all posts
org tua payah nk paham benda ni,... sb alasannya tgk kubur yg moden2 tu elok je diorang siap buat simen empat segi kat atas kubur siap tulis nama bagai, takkanlah org pjbt agama bagi buat gtu kalau btl la hukum kata x leh.

aku pun mls nk ckp banyak dh kalau gtu rupa jawapannya. ape dia ingat semua ahli jabatan agama buat semua btl dan xde salah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 10:56 AM | Show all posts
perlu ke sampai bermable marble marmar bagai...my late father pon pesan xnak ade kepok bagai..just haritu aku plan nak replace nisan sementara pakai plywood tu dgn nisan yg proper sebagai batu tanda
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 11:52 AM | Show all posts
Edited by nolya at 19-5-2022 11:53 AM
zorrro_03 replied at 19-5-2022 09:11 AM
tak payah mati lah kalau gitu.



Itu kata awak... tapi kata Allah lain.  Cukup masa mesti mati punya. Apa kata lepas ni kita buat cara baru iaitu ambik sebiji-dua batu sungai sbg tanda dn diukir  nama si mati.  Tak payah pakai batu2 nesan yg cantik mcm tu. Atau tanam je satu pohon sbg tanda kubur si mati. Jimat pun jimat ye dak?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Murahlah tu banding dgn kubur cina.

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 11:56 AM | Show all posts
Tanah kubur ni, yang tanah wakaf tu. Bila satu masa, kalau kata tak cukup tempat, depa boleh la tanam orang lain pulak kat kbur lama situ tak salah haku. Bila dah memasing buat binaan beria2 ni cemana kau nak korek tanam orang lain. Ada yang buat set , batu keliling dengan kerusi. Yang dah pergi tu, dia dah pergi dulu, kita yang hidup ni kat belakang lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2022 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
islam tu mudah. banyak hadis Nabi larang buat binaan atas kubur. hanya nisan dibenarkan. tapi ahlul bidaah ni klu kita tegur terus kita dpt cop wahabi sbb kacau bisnes dorang. takde bidaah takde la bisnes.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
epullipan replied at 19-5-2022 10:56 AM
perlu ke sampai bermable marble marmar bagai...my late father pon pesan xnak ade kepok bagai..just h ...

Seronok buat meniaga benda yang dilarang Agama. buat apa berlumba2 hiaskan kubur? ???????????????????????????????? ???????????????????? ???????? ???????????????? ???????????? ???????????? ???????????????????????????? ???????????????????? ????????????????????... ???????????????????? ???????????? ???????????????????? ???????????? ???????????????????????? ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu masa hidup rajin rajin la ingatkan diri. Kumpul bekalan untuk ke sana nanti. Ni sibuk habiskan duit beli henpon mahal mahal. Gitu aku meminjam kata kata seorang alim kt tmpt aku ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu pernah dgr arwah ustaz harun din ckp haram buat kepungan keliling kubur tu cukup sekadar ada tanda je. ke iols salah dgr/interpret?

mak i pun melarang keras buat apa2 bentuk binaan kat kubur arwah ayah, utk dia pun nanti jgn buat katanya. kalau nak doa tak perlu ke kubur pun. .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.071301 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list