CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 510|Reply: 0

Dominasi Malaysia dalam acara lompat tinggi berakhir

[Copy link]
Post time 19-5-2022 11:05 AM | Show all posts |Read mode

Aksi Nauraj ketika melakukan lompatan dalam acara lompat tinggi Sukan SEA Hanoi hari ini. - REUTERS

HANOI: Penguasaan Malaysia dalam acara lompat tinggi lelaki Sukan SEA sejak 2005, berakhir apabila Nauraj Singh Randhawa sekadar meraih pingat perak di Stadium Nasional My Dinh National Stadium di sini.

Malaysia memenangi pingat emas lompat tinggi lelaki dalam setiap edisi Sukan SEA sejak 1977, kecuali pada Sukan SEA 2005 di Manila yang menyaksikan Nguyen Duy Bang dari Vietnam meraih emas.

Pelompat berusia 30 tahun itu hanya berjaya melepasi lompatan terbaiknya 2.18 meter (m), jauh lebih rendah berbanding rekod kebangsaannya 2.30m yang dicatatkan pada Terbuka Singapura 2017, bagi mengekalkan pingat perak yang dimenanginya pada edisi Filipina, selepas pemenang pingat emas dan rakan senegara Lee Hup Wei bersara.

Setelah melepasi ketinggian 2.04m, 2.15m dan 2.18m, beliau tidak mampu melepasi jarak 2.21m dan 2.23m untuk mengetepikan Kobsit Sittichai dari Thailand, yang meraih emas dengan lompatan 2.21m.


Sementara itu Mohamad Eizlan Dahalan melepasi rekod terbaik peribadi baharunya 2.18m bagi meraih gangsa untuk Malaysia.

Bercakap kepada pemberita selepas acara itu, Nauraj Singh berkata walaupun ia pengalaman yang pahit untuk ditelan, beliau terpaksa menerima hakikat tidak dapat beraksi pada tahap terbaik hari ini.

"Saya tidak tahu sebenarnya bagaimana perasaan saya. Saya datang ke sini dengan niat untuk menang. Kekalahan di peringkat seperti ini jarang berlaku kepada saya, tetapi akhirnya, ia adalah sesuatu yang saya terima, dan lawan saya juga harus dipuji, kami berdua telah melakukan yang terbaik.

"Ini adalah pertandingan luar pertama saya sejak Julai atau Ogos tahun lepas. Saya bergelut dalam latihan, terlepas latihan teknikal sejak dua minggu lepas kerana sesuatu berlaku semasa latihan di MSN (Majlis Sukan Negara).

"Tempat kedua bukanlah sesuatu yang saya harapkan. Ini adalah Sukan SEA kelima saya dan 10 tahun perjalanan saya sejak edisi Myanmar. Saya amat berbangga dengan pencapaian itu," katanya.

Nauraj Singh memenangi tiga pingat emas Sukan SEA berturut-turut pada edisi Naypyidaw 2013, Singapura 2015 dan KL 2017.

Bagaimanapun atlet Johor itu kehilangan gelaran kepada Hup Wei pada Sukan Filipina 2019, dan Hup Wei memenangi emas keempatnya selepas yang menang pada edisi 2007, 2009 dan 2011. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan ... pat-tinggi-berakhir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.221969 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list