CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4147|Reply: 51

[Tempatan] Bukan scammer:109 pembeli PR1MA kiciwa tak dapat beraya rumah baharu,masih tidak siap selepas tertangguh sebanyak 10 kali sejak tahun 2019.

[Copy link]
Post time 19-5-2022 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 19-5-2022 11:47 AM

KAJANG – Harapan sekumpulan 109 individu untuk beraya di rumah baharu berkecai apabila kediaman Skim Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Residensi Bandar Bukit Mahkota di sini didakwa masih tidak siap dibina selepas tertangguh sebanyak 10 kali sejak tahun 2019.

Pembeli mendakwa, mereka kecewa apabila pemaju memaklumkan rumah itu boleh diduduki pada April lalu, namun ia tidak menjadi kenyataan apabila masih gagal mendapat kunci sehingga kini.

Seorang pembeli yang hanya ingin dikenali sebagai Hakimi, 38, berkata, mereka telah mendapat jemputan daripada PR1MA untuk mengadakan satu perbinca­ngan berkenaan masalah itu pada 14 Januari lalu.

“Kami dijanjikan rumah boleh didiami pada April lalu dan pada sangkaan kami, ia satu berita gembira kerana boleh meraikan Syawal di rumah baharu.

“Bagaimanapun, ia bagaikan mimpi ngeri kerana projek itu te­lah diklasifikasikan sebagai projek sakit oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Mereka kemudian maklumkan satu tarikh baharu iaitu pada September depan dan membe­ritahu, projek itu kini siap 98 peratus,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Kosmo! difahamkan terdapat 109 pembeli layak memiliki rumah tersebut. Terdapat 612 unit rumah di kediaman tersebut dan ada pembeli yang tidak layak ke­rana masalah pembiayaan.
Kediaman tersebut dibina pada tahun 2017 dan dijadualkan siap sepenuhnya pada Mac 2019.

Seorang lagi pembeli, Moha­mad Nabil Muhamad, 32, berkata, pihak pemaju telah memberi pelbagai alasan antaranya di­sebabkan kekurangan pekerja serta masalah pandemik Co­vid-19 yang menyerang negara sebelum ini.

Pihak pembeli ada menghubungi pemaju untuk diajak bersemuka, namun tidak pernah berjaya. Mereka hanya akan res­pon melalui e-mel dan menyatakan beberapa kali tarikh baharu untuk penyerahan kunci rumah.

“Sehingga kini sudah 10 kali pihak pemaju berjanji dan me­nyatakan tarikh penyerahan kunci rumah, terbaharu mereka janji pula pada September nanti,” luahnya.

Tambah Mohamad Nabil, ketika ini pihak pembeli sudah jemu dengan janji yang diberikan dan apa yang diingini pihaknya adalah tarikh penyerahan kunci rumah yang sebenar.

“Cukup-cukuplah berjanji, kami semua sudah jemu. Sejak Mac 2019 berjanji dan kali ini pula pada September nanti. Pembeli hanya mahukan rumah yang dibeli.

“Pada 2018, pembinaan rumah juga agak perlahan dan apa yang kami dapat tahu daripada pemaju masa itu, hanya 35 peratus proses pembinaan berjaya disiapkan,” tegasnya.

Seorang lagi pembeli, Nur Hidayah Ismail, 37, pula berkata, bukan isu kelewatan sahaja yang pembeli alami, malah harga rumah juga didakwa turut berubah.

“Saya antara pembeli terawal rumah itu pada harga RM360,000 sebelum PR1MA membuat kempen pembelian pada 2019 apabila harga rumah turun sebanyak RM60,000. Ini tidak adil kepada kami pembeli lama.

“Pada masa depan jika kami ingin jual rumah ini, harganya tidak adil kepada kami yang sudah bayar mahal daripada pembeli baharu,” ujarnya.

Menurut Nur Hidayah, apa yang membuatkan mereka gusar ialah terpaksa membayar pinjaman penuh bank walaupun rumah belum siap dan tidak dapat diduduki.

Dalam pada itu, PR1MA melalui satu kenyataan berkata, sehingga kini, status terbaharu projek pembinaan kediaman Residensi Bandar Bukit Mahkota adalah sebanyak 98.6 peratus siap.



https://www.kosmo.com.my/2022/05/19/109-pembeli-pr1ma-kecewa-tak-dapat-beraya-rumah-baharu/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2022 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduh...kesian dengan pembeli. Fathul Bari tu ke apa tindakan ko sebagai pengerusi Prima ni??
Kat Kajang pulak..Prima buat dekat dengan MRT dah tempat area tu selalu banjir...padat nak mampus.
Sikit lagi agaknya kalau banjir teruk dengan kawasan Mrt tu tenggelam sama.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 12:15 PM | Show all posts
Edited by helicornia at 19-5-2022 12:19 PM
Lista replied at 19-5-2022 11:52 AM
Aduh...kesian dengan pembeli. Fathul Bari tu ke apa tindakan ko sebagai pengerusi Prima ni??
Kat Kaj ...

bukit mahkota tu penah banjir ke?
yang biasa banjir pekan kajang
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
I thought kalau prima mmg rege 300k je
Sebelum tu maybe ada cuba jual commercial 360k tak laku kot tu yg jadi rumah prima dapat 300k
Developer cap ayam ke ni
Area tu not bad jugak dah membangun huhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Adek.iols beli rumah selangorku kat bangi avenue tu..
Masih baru..nampak.cantiks je..heh3
Setarbak.situ sokmo lah panjang line queue dia..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kat Sabah, rumah Prima ni hauk nak mampus banyak masalah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2022 01:49 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 19-5-2022 12:45 PM
Kalau kat Sabah, rumah Prima ni hauk nak mampus banyak masalah.

nok, kawan meols beli umah kat Tawau. Pastu kan, memang setiap rumah kat sana pakai tangki air ke kat belakang rumah? masalahnya tangki tu pun ala2 ada takda je air dia meols rasa kawan meols pon dah bertahun tak jenguk rumah heshe sebab posting mengajar kat semenanjung.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 02:30 PM | Show all posts
aku dah berulang kali komen psl pr1mampus milik ni..


harga mampus milik, kualiti hauk..... nak siap berjanggut bermisai kumis bagai tak siap2 lagi..

pr1ma ni aku rasa tempat kroni2 dan undertable shit dilakukan.. jual tanah murah kt pemaju cikai, pastu jual rumah mahal kat rakyat...


lokasi ada yg tak strategik langsung... g la tengok page pr1ma, bukan pr1ma kajang ni jer, pr1ma kt johor, kt melaka, kt kedah, kt srawak sabah pun masalah sama, pemaju tak siapkan dlm tempoh masa ditetapkan...

bukan lewat 2,3 bulan, ada yg bertahun..


akhir kata, jangan laa beli pr1ma... yg duk lembah klang fokus beli rumah selangorku atau rumawip..kt tempat lain, cuba la cari subsale
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2022 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
rumah pr1ma pun harga rm360k
kat sini rumah pr1ma rm290k 850sqft pun tak laku2 dekkk. sampaikan bukak utk org luar, nanhado org nak beli.
kat bukit mahkota smpai 360k, tak siap2 plak tu. kesian la woiii kat pembeli dah la byr kat bank bukan depa amik tau umah ko siap ke tak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 03:10 PM | Show all posts
syamzana replied at 19-5-2022 02:41 PM
rumah pr1ma pun harga rm360k
kat sini rumah pr1ma rm290k 850sqft pun tak laku2 dekkk. sampaik ...

bank tau.. sebab paymnet is based on progress billing for rumah yang under coonstruction. kalau macam yang ni katanya da nak VP stage, bank request CCC dari developer, baru release payment. now bank susah nak bagi loan pun. mmg kesian pada yang da buat payment progressively.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 03:14 PM | Show all posts
bank tahu potong jer bulan2
tu yg diarang bising sgt
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 03:15 PM | Show all posts
Jika September nanti pun tak siap pasti akan di tularkan lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 19-5-2022 01:49 PM
nok, kawan meols beli umah kat Tawau. Pastu kan, memang setiap rumah kat sana pakai tangki air ke  ...

Arwah Nunu ke uols? Heols mmg ada beli rumah kt sana sblm innalillahiwainnalillahirojiun
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Lista replied at 19-5-2022 11:52 AM
Aduh...kesian dengan pembeli. Fathul Bari tu ke apa tindakan ko sebagai pengerusi Prima ni??
Kat Kaj ...

Bila ko ckp ni akak pun baru tahu pengerusi PR1MA ni si fathul ni ke...lagi laa jahanam prima nih
Bila letak mangkuk2 umno lead GLC, mmg konfemmm jahanammmmm
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 03:48 PM | Show all posts
Dekat rumah den ni hihihi. Dah berapa tahun tak siap2. Dah siap nanti tambah2 la jem kat traffic light tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu sigm pr1ma, sekali sangkut kat bank sbb pegawai bank tu x hntr kt lawyer, dah masa pkp sangkut kt 2tahun gak
Pastu ejen tu ckp lepaskan jelah padahal harga murah sgt sbb dpt diskaun, aku pun anggap bukan rezeki lah nk beli rmh tu
Sekali banjir teruk tahun lepas putus terus jalan nk masuk taman tu, ada hikmahlah tu redha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2022 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 19-5-2022 01:49 PM
nok, kawan meols beli umah kat Tawau. Pastu kan, memang setiap rumah kat sana pakai tangki air ke  ...

Kat sabah memang bermasalah air, kne ada tangki dan ada pam air gak
Xpyh tawau, bandaraya k.k pun bermasalah air
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 19-5-2022 02:21 PM
Adek.iols beli rumah selangorku kat bangi avenue tu..
Masih baru..nampak.cantiks je..heh3
Setarbak.s ...

Bpe rege rumah sgorku situ?Adelia type ke.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 04:32 PM | Show all posts
Bertabah lah ye yg beli rumah prima tu.. memang dekat sangat ngan project iols. Nampak luar mcm dah complete, dalam tak tau la.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 19-5-2022 04:10 PM
Bpe rege rumah sgorku situ?Adelia type ke.. hehe

Haah adelia
Adek iols.beli masa tu harga diskaun sampai rm290k
Berbaloi juga la sebab beso entah berapa sq ft tah
Now tak tau berapa sebab dia ckp belakang2 tu lagi mahal tu..yang belum siap.lagi.tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.401340 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list